Awam Kerajaan Warga JAWHAR

JAWHAR Tubuh Yayasan Waqaf Malaysia

PUTRAJAYA 14 Feb. – Yayasan Waqaf Malaysia telah dilancarkan pada hari ini oleh YB Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertujuan bagi membantu mengurus, menyelaras dan menggembleng sumber-sumber wakaf untuk dijadikan sumber modal ekonomi berpotensi tinggi bagi dimanfaatkan umat Islam di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin berkata penubuhan yayasan yang dikendalikan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Kebangsaan Baitulmal pada Mac tahun lalu yang bersetuju agar satu entiti kebangsaan bagi wakaf diwujudkan.

“Adalah diharapkan penubuhan Yayasan Wakaf Malaysia ini akan dapat mencapai matlamatnya dan berjaya membangunkan harta-harta wakaf di negara ini,” katanya dalam satu kenyatan di sini hari ini.

Dalam pelancaran YWM juga diadakan Majlis menandatangi surat akuan sumpah oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dianggotai 21 tokoh terkemuka daripada pelbagai latar belakang yang dipengerusikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ketua Pengarah JAWHAR Y. Bhg. Dr. Haji Sohaimi Hj. Mohd Salleh berhasrat agar matlamat penubuhan yayasan dapat di realisasikan dengan baik dan jayanya terutama dalam bidang penyelidikan dan penghasilan konsep wakaf baru yang praktikal dan boleh menggalakkan penyertaan umat Islam untuk berwakaf.

Tarikh : 14/2/2008
Sumber : JAWHAR
Editor :Mohd Radzi bin Mohammed Ismail

One of stanfords essay prompts article source is to provide a photo and explain its.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top