JAWHAR Meriahkan Baling
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) turut tidak ketinggalan dalam menyertai program ini dimana peranan JAWHAR di sini adalah untuk memaparkan fungsi-fungsi utama dalam pengurusan wakaf, zakat, mal dan haji di Malaysia. Dengan adanya pameran sebegini para pengunjung Baling dan kawasan sekitar dapat mengenali visi, misi, fungsi utama, dasar kualiti dan aktiviti yang telah dijalankan oleh JAWHAR.
Justeru itu, JAWHAR juga tidak lupa memberi cenderahati istimewa kepada warga Baling dan kawasan sekitarnya bagi menarik pengunjung datang ke balai pameran JAWHAR. Sehingga tamat program bilangan pengunjung JAWHAR yang berdaftar hampir mencecah 2000 orang.
Perkampungan Sains, Teknologi dan Pendidikan Parlimen Baling 2008 telah dirasmikan oleh Datuk Dr. Masitah Ibrahim pada 17 Februari 2008. YAB Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid tidak sempat untuk menghadiri perkampungan ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Tarikh : 19.2.2008
Sumber : Petugas JAWHAR
Editor :Muhamad Ridzuan Bin Sabli