Awam Kerajaan Warga JAWHAR

JAWHAR Lancar Sistem eBayanat dan Sistem eWakaf

PUTRAJAYA : Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) Jabatan Perdana Menteri, semalam melancarkan sistem e-Bayanat dan e-Wakaf, iaitu pangkalan data dan maklumat bersepadu berkaitan institusi wakaf di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata sistem itu membolehkan orang ramai mendapat maklumat terperinci dan terkini pembangunan institusi wakaf setiap negeri.

Katanya, e-Wakaf juga membantu mempercepatkan pembangunan 9,947 hektar tanah wakaf di seluruh negara yang setakat ini hanya 0.72 peratus dimajukan.

“Maklumat e-Wakaf membolehkan kita mengetahui lokasi, nilai, individu yang memberi wakaf dan status pembangunan hartanah wakaf di negeri dan daerah.

“Sistem ini membolehkan maklumat wakaf diintegrasikan dengan berkesan dan berupaya memberi gambaran menyeluruh pada peringkat nasional,” katanya pada sidang media selepas melancarkan e-Bayanat dan e-Wakaf di sini, semalam.

Sistem e-Bayanat memaparkan rekod maklumat dan statistik terkini berkaitan wakaf, zakat dan haji dalam bentuk graf bar, carta pai, graf perbandingan.

E-Wakaf pula mempunyai empat subsistem iaitu Portal Pengurusan Maklumat Wakaf (PPMW), Sistem Pengurusan Maklumat Wakaf (SPMW), Sistem Antara Muka Maklumat Wakaf (SAMW) dan Pusat Data Wakaf (PDW). Kedua-dua sistem itu boleh diakses menerusi laman web Jawhar iaitu www.jawhar.gov.my.

Ahmad Zahid berkata, sebagai perintis Jawhar bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Majlis Agama Islam Melaka (Maim) dan Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) bagi melaksanakan e-Wakaf.

“Kita harap majlis agama Islam negeri lain akan bekerjasama dengan Jawhar bagi memastikan kelangsungan dan maklumat terkini institusi wakaf,” katanya.

Tarikh : 20/10/2008
Sumber : JAWHAR
Editor :Bahagian Teknologi Maklumat

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top