Awam Kerajaan Warga JAWHAR

JAWHAR Lancar Dokumentari INFAQ

Putrajaya, 14 Januari – Y.A.B Dato’ Dr. Abdullah Md. Zin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini merasmikan pelancaran Dokumentari ‘INFAQ’ di Majlis Pelancaran yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Program Dokumentari setengah jam berjudul ‘INFAQ’ ini akan bersiaran setiap hari Isnin jam 6:30 petang di Saluran Inforia RTM 1 sebanyak 13 episod, bermula 11 Februari 2008.

Program ‘INFAQ’ bercogankata “Secupak Nikmat, Segantang Berkat” ini yang merupakan inisiatif Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JWZH) dengan usahasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Syarikat Penerbitan Handy Pro Sdn Bhd adalah sebahagian dari usaha untuk berkomunikasi dengan masyarakat berkenaan perihal Wakaf, Zakat dan Mal. Pengisian utamanya berkisar tentang Wakaf, Zakat dan Mal merangkumi aspek hukum, pemahaman serta amalan yang dipraktikkan oleh institusi keagaaman yang dipertanggungjawabkan di Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji, Y.Bhg Dr. Hj. Sohaimi Haji Mohd. Salleh berkata, “INFAQ diterbitkan dengan niat meningkatkan kesedaran umum mengenai potensi mempertingkatkan ekonomi serta kebajikan dan kekuatan Ummat Islam menerusi dana-dana Wakaf, Zakat dan Mal”.

“Segala dana yang terkumpul di Majlis-majlis mahupun Jabatan Agama Negeri-negeri sama ada Wakaf, Zakat dan Mal adalah sememangnya jelas untuk kemaslahatan Ummat Islam semata-mata. Pelbagai insiatif telah dilaksanakan oleh Majlis-majlis dan Jabatan Agama Negeri-negeri dalam mengagih serta mempergunakan dana tersebut demi kepentingan Ummat Islam dan saya rasa kecemerlangan peranan mereka ini selayaknya dikongsi bersama masyarakat umum”, ujar Dr. Hj. Sohaimi lagi.

Haji Mohamad Mat Hussin, Pengarah Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran JAKIM selaku Penerbit Eksekutif “INFAQ” pula berkata, “Program ini banyak menyelitkan maklumat-maklumat yang relevan bagi kita meningkatkan pemahaman terhadap amalan Zakat yang merupakan rukun Islam ketiga, amalan Wakaf dan juga harta Mal, selain memaparkan realiti penghayatan semangat saling membantu sesama Ummat Islam”.

Haji Mohamad menambah, “Pembikinan dokumentari ini digarap dengan teknik audio dan visual yang segar serta didukung oleh pengacaraan santai yang menarik. Kami harap program berbentuk dokumentari majalah seumpama ini akan dapat menarik perhatian para penonton pelbagai usia untuk menyaksikan dan seterusnya menghargai nilai-nilai yang dipertontonkan”.

Tarikh : 14/01/2008
Sumber : BTM
Editor :MOHD RADZI BIN MOHAMMED ISMAIL

Effective way to conclude the http://pro-essay-writer.com/ essay because lauren illustrates her.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top