Awam Kerajaan Warga JAWHAR

JAWHAR INTELLECTUAL DISCOURSE SIRI 2 2019 DI MES PEGAWAI KANAN POLIS DIRAJA MALAYSIA, PERAK

IPOH, 4 April 2019 – Dengan kerjasama Unit BAKA & JIPS, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, satu program JAWHAR Intellectual Discourse siri ke-2 bagi tahun 2019 telah diadakan di MES Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia. Dianggarkan seramai 400 orang anggota hadir pada siri JID kali ini.

Dengan bertemakan “Maqasid Syariah Dalam Dimensi Haji dan Umrah”, JID pada kali ini diisi dengan 2 slot ceramah oleh dua penceramah yang tidak asing lagi dalam siri JID iaitu al-Fadhil Ustaz Asri bin Hassan dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan al-Fadhil Ustaz Haji Nik Kamaruddin bin Haji Yunoh daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Al-Fadhil Ustaz Asri bin Hassan membentangkan tajuk “Khurafat Dalam Ibadah Umrah dan Haji” kepada para peserta. Tajuk ini terpilih sebagai tajuk yang berulang kali dibentangkan dalam JID kerana menekankan perkara-perkara khurafat yang masih menjadi pegangan dan amalan sebahagian umat Islam di Malaysia sebelum, semasa dan selepas menunaikan ibadah umrah dan haji. Akibatnya, tanpa disedari, jemaah telah secara tidak langsung menyebabkan ibadah mereka menjadi sia-sia dan penat lelah mereka mengerjakan ibadah umrah atau haji tidak beroleh sebarang ganjaran daripada Allah s.w.t.

Slot ceramah berikutnya diteruskan oleh al-Fadhil Ustaz Haji Nik Kamaruddin bin Haji Yunoh yang menyampaikan tajuk “Maqasid Syariah: Keperluan dan Cabaran Semasa”. Beliau yang tidak asing lagi di kaca televisyen di dalam rancangan “Tanyalah Ustaz” berjaya menarik perhatian hadirin. Kefahaman mengenai Maqasid Syariah tidak hanya tertumpu kepada urusan berkaitan jabatan yang mengendali dan menguruskan hal ehwal Islam semata, bahkan skopnya meluas meliputi semua bidang termasuklah pihak berkuasa keselamatan.

Majlis penutup disempurnakan oleh Ketua Cawangan Khas Kontinjen Negeri Perak, SAC Dato’ Pahlawan Haji Mazlan bin Haji Santarai.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.31 Subuh 05.41 Syuruk 07.00 Zohor 13.02 Asar 16.24 Maghrib 19.00 Isyak 20.13
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 12 November, 2019 @ 8:22 AM
Top