Awam Kerajaan Warga JAWHAR

JAWHAR INTELLECTUAL DISCOURSE (JID) ZON TIMUR –BESUT, TERENGGANU BIL 1/2018

Besut, 20 September 2018 (Khamis) – Unit Kerjasama Antarabangsa, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menganjurkan JAWHAR Intellectual Discourse (JID) Zon Timur Bil 1/2018 pada tahun ini di Negeri Terengganu dengan memilih De Mong Beach Resort, Besut, Terengganu sebagai destinasi program.

JID pada kali ini juga dijayakan dengan kerjasama dan dukungan kolaborasi dari Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan pelbagai pihak sebagai  rakan strategik program JAWHAR termasuk Wakil pejabat-pejabat Agama, pegawai dan kakitangan agensi kerajaan, qariah masjid , wakil Majlis  yang menyaksikan kehadiran melebihi 500 orang dari jangkaan jemputan yang disasarkan.

Program JID pada kali ini diadakan dalam bentuk ceramah dengan menampilkan salah seorang panel “Tanyalah Ustaz” iaitu Ustaz Nik Kamaruddin bin Yunoh daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dengan tajuk ceramah Persedian Mental dan Fizikal Dalam Ibadah berteraskan Rukun Islam dan Rukun Iman. Program yang berlangsung telah mendapat sokongan dan sambutan yang baik daripada peserta yang hadir. Majlis berakhir pada jam 4.30 petang dengan sesi penyampaian cenderahati oleh YBhg. Timbalan Ketua Pengarah kepada penceramah jemputan.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.38 Subuh 05.48 Syuruk 07.02 Zohor 13.10 Asar 16.14 Maghrib 19.12 Isyak 20.20
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 19 Oktober, 2018 @ 4:09 PM
Top