Awam Kerajaan Warga JAWHAR

JAWHAR INTELLECTUAL DISCOURSE (JID) BIL. 4/2016 : “Kesempurnaan Ibadat Haji: Antara Adat dan Ibadat”

Unit Haji dan Unit Kerjasama Antarabangsa, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menganjurkan program JAWHAR Intellectual Discourse (JID) Bil. 4/2016 pada 24 Ogos 2016 bertempat di Auditorium Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya yang bertemakan “Kesempurnaan Ibadat Haji: Antara Adat dan Ibadat”

jawhar-012  jawhar-026

 

 

 

 

 

 

 

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Ahmad Musadad Bin Haji Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR dan telah disertai oleh lebih 400 orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam sekitar Putrajaya dan juga pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Negeri seluruh Malaysia.

jawhar-148

Program JID pada kali ini diadakan dalam bentuk ceramah dengan menampilkan 2 orang penceramah yang terdiri daripada YBhg. Tuan Haji Ahmad Husni Bin Dato’ Abdul Rahman, Eksekuif Kanan Pusat Pungutan Zakat MAIWP dan YBrs. Tuan Haji Khairul Anuar Bin Khalid, Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan Dan Kerjasama Antarabangsa, Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR).

jawhar-155 jawhar-111

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tema kali ini membincangkan topik Kesempurnaan Ibadat Haji: Antara Adat dan Ibadat yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang kesempurnaan ibadat haji dan khurafat haji di tanah suci Mekah. Ia juga bertujuan untuk memberi kefahaman yang jelas tentang membasmi masalah khurafat haji yang tidak sepatutnya berlaku ketika ibadat haji.

jawhar-166 jawhar-122

 

 

 

 

 

 

 

Program yang berlangsung selama setengah hari ini mendapat sokongan dan sambutan yang baik daripada peserta yang hadir. Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan sesi penyampaian cenderahati oleh Timbalan Ketua Pengarah kepada penceramah jemputan.

jawhar-223 jawhar-215

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top