Awam Kerajaan Warga JAWHAR

JAWHAR INTELLECTUAL DISCOURSE (JID) BIL. 2/2013: “CAKNA KEWANGAN ISLAM”

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menganjurkan JAWHAR Intellectual Discourse (JID) Bil. 2/2013 dengan tema “Cakna Kewangan Islam” pada 4 Jun 2013 bertempat di Auditorium Kompleks E, Putrajaya.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hj. Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR dan diikuti dengan pembentangan kertas kerja oleh tiga orang ahli panel yang berkepakaran dalam isu-isu semasa pengurusan ekonomi, kewangan dan perbankan Islam iaitu YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi bin Hj. Ab. Majid, Dekan Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tuan Hj. Razli bin Ramli, Ketua dan Penasihat Urusan Kanan, Jabatan Penasihat Perniagaan Syariah, Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM) dan Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain, Penyelidik, International Shariah Research Academy For Islamic Finance (ISRA).

Tiga kertas kerja yang dibentangkan adalah bertajuk “Memperkasa Peranan Umat Islam dalam Pembangunan Ekonomi Negara” (UIAM), “Sistem Kewangan Islam: Konsep dan Pelaksanaannya” (ISRA) dan “Isu-Isu Semasa dalam Perbankan Islam” (IBFIM). Seramai lebih kurang 300 peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) serta para penjawat awam dari Kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi Persekutuan di sekitar Putrajaya.

Penulis : Bahagian Mal, JAWHAR

(YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAWHAR, Pengarah Bahagian Mal dan para pembentang kertas kerja mengambil tempat di hadapan pentas)

(YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAWHAR menyampaikan ucapan aluan seterusnya merasmikan JID Bil. 2/2013)

Sesi pembentangan kertas kerja berkaitan isu-isu ekonomi, kewangan dan perbankan Islam di Malaysia

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.39 Subuh 5.49 Syuruk 07.01 Zohor 13.19 Asar 16.14 Maghrib 19.39 Isyak 20.38
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 8 Jun, 2021 @ 8:00 AM
Top