Awam Kerajaan Warga JAWHAR

JAWHAR Intellectual Discourse (JID) Baitulmal 2021

PUTRAJAYA, 1 April 2021 | JAWHAR Intellectual Discourse (JID) Baitulmal 2021 telah diadakan pada 1 April 2021 dengan tajuk iaitu “Zakat : Manifestasi Taqwa Seorang Hamba” bagi meraikan kedatangan bulan Ramadhan yang akan menjelma tidak lama lagi.
Objektif JID kali ini adalah sebagai mengihya’kan budaya ilmu dan menjadi medan perkongsian ilmu secara bersama bagi memantapkan kefahaman mengenai perkara berkaitan zakat.

 

 

 

 

 

 

 

Penceramah JID pada kali ini dijemput khas daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) iaitu Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid. Beliau mempunyai ljazah Sarjana Muda Sastera (Komunikasi), Universiti Kebangsaan Malaysia, Sijil Pengajian Syariah dan Diploma Pengajian Syariah, Universiti Malaya (UM). Beliau adalah Eksekutif Zakat (Dakwah) Lembaga Zakat Selangor (LZS).


Peserta JID pada kali ini hanya dijemput daripada kalangan kakitangan JAWHAR dan JID pada kali ini juga akan turut dirakam untuk dimuat naik ke dalam media sosial JAWHAR supaya perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai umat Islam.


Sesi perkongsian ilmu ini merupakan satu pendekatan yang dilaksanakan bagi memantapkan kefahaman masyarakat Islam amnya dan kakitangan JAWHAR khususnya tentang isu-isu berkaitan bidang teras JAWHAR iaitu wakaf, zakat, haji dan umrah. Kandungan ceramah yang bakal diketengahkan akan diteliti kerelevanannya bagi memastikan keberkesanan kepada para peserta.

 

 

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 29 Julai, 2021 @ 5:42 PM
Top