Awam Kerajaan Warga JAWHAR

JAWHAR INTELLECTUAL DISCOURSE 3, 2019 SEMPENA MUHADHARAH PERDANA

Besut, 12 September 2019 – Bersempena Muhadharah Perdana, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Besut telah mengadakan JAWHAR Intellectual Discourse (JID). JID kali ini merupakan siri yang ketiga bagi tahun 2019.

JID yang merupakan platform bagi JAWHAR untuk menyantuni ummah dalam rangka menyebar rahmah melalui perkongsian ilmu berkaitan teras JAWHAR iaitu wakaf, zakat dan haji serta umrah. JAWHAR menyahut, mendokong dan menyokong gagasan Rahmatan lil ‘alamin yang dibawa oleh YB Menteri (Agama) di Jabatan Perdana Menteri. Justeru, JID dilihat sangat dekat dengan masyarakat untuk menyampaikan kepentingan Maqasid Syariah ke arah masyarakat majmuk yang sejahtera di Malaysia. Melalui perkongsian JID, masyarakat akan lebih memahami Maqasid Syariah dalam konteks wakaf, zakat, haji dan umrah.

Pada JID kali ini, JAWHAR memilih tajuk “Pengurusan Harta Pusaka: Di mana silapnya?” untuk dibentangkan kepada peserta yang hadir. Pemilihan tajuk ini bertepatan dengan salah satu prinsip dalam Maqasid Syariah iaitu “Menjaga Harta” (Hfizul Mal). Harta pusaka merupakan satu perkara yang tidak dapat tidak merupakan antara perkara yang menjadi masalah kepada umat Islam kerana kekurangan pengetahuan mengenai kaedah mengendalikannya.

Untuk menyampaikan dan menghurai tajuk ini, JAWHAR menjemput Al-Fadhil Ustaz Wan Abdul Halim Wan Harun, salah seorang pakar yang tidak asing lagi dalam arena harta pusaka. Penyampaian beliau yang jelas, banyak membuka mata serta membangun kesedaran peserta yang hadir. Ramai peserta yang mengambil peluang bertanya dan mendapatkan penjelasan daripada pembentang sehingga mengheret waktu lebih dari yang dijadualkan.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.35 Subuh 05.45 Syuruk 07.07 Zohor 13.20 Asar 16.46 Maghrib 19.29 Isyak 20.44
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 17 Oktober, 2019 @ 5:38 PM
Top