Awam Kerajaan Warga JAWHAR

JAWHAR INTELECTUAL DISCOURSE (JID) 17 DISEMBER 2012

Isnin 17 Disember 2012 bersamaan 3 Safar 14, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menganjurkan program JAWHAR Intellectual Discourse (JID) Bil. 4/2012 dengan tema “Wakaf Melestarikan Tamadun Ummah” bertempat di Auditorium Kompleks E, Putrajaya.

 

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Muaz bin Haji Zawawi, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR dan diikuti dengan pembentangan kertas kerja oleh dua orang ahli panel yang mempunyai kepakaran dalam isu wakaf iaitu Y.Bhg Dr. Mohd Afendi bin Mat Rani, Pensyarah Pusat Pemikirandan Kefahaman Islam UiTM, Shah Alam dengan tajuk Wakaf Menjamin Keharmonian dan Kesejahteraan Ummah dan Encik Abu Bakar bin Yang, Ketua Pegawai Eksekutif dengan tajuk Membudayakan Amalan Berwakaf di Malaysia.

Program ini telah dihadiri oleh seramai 140 peserta yang terdiri daripada wakil Majlis Agama Islam Negeri serta para penjawat awam dari Kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi Persekutuan di sekitar Putrajaya.

Para peserta telah mengambil peluang bertanyakan soalan dan pandangan daripada para ahli panel semasa sesi soal jawab berlangsung serta telah memberikan maklum balas positif tentang program yang dilaksanakan melalui borang soal selidik yang disediakan. Semoga program ini dapat membantu para peserta untuk memahami dengan lebih mendalam tentang isu-isu berkaitan wakaf.

Program ini diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati olehTimbalan Ketua Pengarah JAWHAR kepada para pembentang.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 25 November, 2020 @ 5:01 PM
Top