Awam Kerajaan Warga JAWHAR

SUKAN DALAMAN JAWHAR 2017

Biro Sukan PUSPANITA JAWHAR dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan (KKSJ) telah mengadakan Sukan Indoor Game pada 12, 14 dan 15 Disember 2017. Program ini merupakan program yang julung kali diadakan oleh Puspanita JAWHAR. Antara acara yang telah dipertandingkan adalah Pingpong, Congkak, Batu Seremban, Dam Haji, Chess, Karom dan Dart. Sukan Indoor Game dimulakan dengan pertandingan Pingpong bagi kategori Lelaki dan Wanita pada 12 Disember 2017 (Selasa).

 

 

 

 

 

 

 

 

Manakala bagi acara Congkak, Batu Seremban, Dam Haji, Catur, Karom dan Dart dijalankan pada 14 Disember 2017 (Khamis).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Program sukan yang dijalankan mendapat penyertaan yang sangat menggalakkan daripada semua warga JAWHAR. Program ini juga mendapat penyertaan daripada Ketua Pengarah JAWHAR, Tuan Haji Ahmad Musadad bin Hj Sulaiman yang menyertai acara Dart. Turut serta adalah Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil JAWHAR, Puan Rashidah bt Ahmad dan Timbalan Pengerusi JAWHAR, Puan Halimah bt Ismail. Kedua-duanya memasuki acara congkak dan juga batu Seremban.

 

 

 

 

 

 

 

 

Majlis Perasmian Penutup Sukan Indoor Game dan penyampaian hadiah kepada para pemenang dijalankan pada jam 10.00 pagi, 15 Disember 2017 (Jumaat) setelah acara yang dipertandingkan berakhir. Majlis dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh Pengerusi Puspanita JAWHAR dan Ucapan Perasmian Penutup oleh Ketua Pengarah JAWHAR, seterusnya penyampaian hadiah kepada para pemenang. Majlis berakhir dengan jamuan makan pada jam 11.30 pagi.

 

 

 

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.38 Subuh 05.48 Syuruk 07.02 Zohor 13.10 Asar 16.14 Maghrib 19.12 Isyak 20.20
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 19 Oktober, 2018 @ 4:09 PM
Top