Awam Kerajaan Warga JAWHAR

JAWHAR DI WILAYAH BALKAN

              Buat julung kalinya JAWHAR telah dijemput khusus oleh Negara Bosnia & Herzegovina sebagai peserta di dalam Forum Isu-Isu Fiqh Wakaf Ketujuh yang telah diadakan di Sarajevo pada 27 – 29 Mei 2015. Jemputan tersebut dibuat berdasarkan kejayaan Malaysia yang telah menganjurkan Seminar Wakaf Antarabangsa pada Disember 2014.  IMG-20150527-WA0078

            Forum yang berlangsung selama tiga hari tersebut antara lain membincangkan permasalahan isu-isu fiqh semasa yang berkaitan dengan wakaf. Turut dibincangkan juga adalah panduan mengenai pembangunan hartanah wakaf yang terdapat di negara-negara Islam selain bertukar-tukar pandangan di kalangan negara-negara peserta. Sebanyak lebih 70 peserta yang hadir dan antara negara peserta yang terlibat ialah Arab Saudi, Maghribi, Jordan, Tunisia, Australia, Bahrain, Greece, Turki, Mesir dan Kuwait melalui Yayasan Wakaf Kuwait yang bertindak sebagai penganjur utama bersama-sama dengan Bank Pembangunan Islam (IDB) yang berpusat di Jeddah.

DSC_2175

            Malaysia melalui JAWHAR telah diberikan penghormatan yang khusus oleh negara penganjur untuk menyampaikan ucaptama mewakili peserta semasa Majlis Perasmian yang dihadiri oleh Presiden Bosnia & Herzegovina iaitu Bakir Izzat Begovic dan Mufti Am bagi negara tersebut Syeikh Hussin Kafasovic. Ucaptama yang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah JAWHAR YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd di dalam Bahasa Arab telah begitu mengujakan para peserta yang hadir. Rata-rata mereka begitu teruja dengan pembangunan wakaf yang telah dilakukan oleh kerajaan dan berhasrat untuk mempelajari sistem pentadbiran wakaf di Malaysia.

IMG-20150527-WA0075

            Forum tersebut telah berakhir dengan pembentangan dua resolusi yang utama iaitu membangunkan Bank Khas Wakaf bagi setiap negara Islam danhasil keuntungan daripada bank tersebut dapat menjana ekonomi ummah sejagat serta memperkukuhkan sistem perundangan yang berkaitan dengan wakaf. Hal ini dapat direalisasikan dengan membina Mahkamah Khas Wakaf bagi setiap negara yang berkemampuan.

IMG-20150527-WA0086

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top