Awam Kerajaan Warga JAWHAR

JAWHAR DI AUSTRALIA

Rentetan daripada ucaptama YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAWHAR di Sarajevo pada Mei 2015, JAWHAR telah dijemput khusus oleh Yayasan Wakaf Australia untuk membentangkan kertas kerja tentang senario pembangunan wakaf di Malaysia. Kertas kerja bertajuk ‘Senario Perkembangan Pembangunan Wakaf Di Malaysia’ telah dibentangkan oleh YBhg. Ketua Pengarah JAWHAR Datuk Anan bin C. Mohd dalam Bahasa Arab.

awqaf 1

Forum Pembangunan Wakaf yang telah berlangsung di Sydney pada 8 – 9 Ogos 2015 tersebut antara lain membincangkan isu-isu terkini pembangunan wakaf khususnya pembangunan wakaf bagi negara minoriti umat Islam iaitu Australia. Negara tersebut yang kini dalam proses pembangunan wakaf telah melancarkan secara rasmi Yayasan Wakaf Australia seusai forum pembangunan yang dilaksanakan.

Anan 1

Sebagaimana di Bosnia & Herzegovina, forum ini juga telah ditaja oleh Bank Pembangunan Islam (IDB) serta Yayasan Wakaf Kuwait dan telah menghimpunkan sejumlah lebih 120 peserta terdiri daripada pelbagai negara antaranya Turki, New Zealand, Arab Saudi, Jordan, Tunisia, Singapura, Fiji, Bahrain dan Australia.

awqaf 2

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top