Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Istito’ah Dalam Ibadah Haji

Putrajaya, 22 September 2020| Umat Islam wajib memahami konsep istito’ah sebelum menunaikan ibadah haji. Istito’ah mempunyai makna yang luas dan merujuk kemampuan mengerjakan haji dari aspek kewangan, bekalan, kenderaan, perjalanan yang aman dan faktor-faktor lain yang berkaitan. JAWHAR telah bertindak proaktif memperincikan konsep istito’ah melalui Bengkel Kajian Pelaksanaan Konsep Istito’ah dalam Ibadah Haji Siri 2 pada 21 hingga 22 September di Bilik Seminar, Aras 8, JAWHAR. Bengkel bertujuan mengenal pasti konsep istito’ah mengikut syarak dan mengaplikasikan syarat istito’ah dalam ibadah haji diurusetiakan oleh Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa. Para peserta terdiri daripada pegawai JAKIM-Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Official : Lembaga Tabung Haji, Institut Latihan Islam Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia – USIM, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur, AJK Penasihat Ibadah Haji (TH-JAKIM) dan Pengelola Haji terkesima mendengar penjelasan pakar rujuk YBhg. Dato’ Haji Md. Daud bin Che Ngah, Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dan YM Tengku Aziz bin Raja Abdullah, Pengurus Besar Bimbingan Haji, TH. Turut hadir Ketua Pengarah JAWHAR, YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said.

 

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top