Awam Kerajaan Warga JAWHAR

LAWATAN MENGEJUT KP JAWHAR PANTAU KERJA PEMBAIKAN CERUN

Ketua Pengarah (KP) Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) YBhg. Datuk Hj. Anan bin C. Mohd telah mengadakan lawatan mengejut ke Projek Pembaikan Cerun di Hotel Wakaf dan Baitulhilal Port Dickson Negeri Sembilan pada 4  Disember 2013. Turut sama dalam lawatan tersebut adalah Pengarah Bahagian Wakaf En. Azlan bin Abd Majid, Pegawai Pembangunan Projek JAWHAR, Wakil Pengurus Hotel Wakaf dan Penyelia Projek mewakili pihak kontraktor.

Dalam lawatan pemantauan tersebut KP JAWHAR telah berjumpa sendiri pekerja binaan di tapak bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas status pelaksanaan kerja-kerja pembaikan cerun yang terkini. Beliau juga telah ditunjukkan secara lansung kaedah  memasukkan  12m panjang Hybrid Anchor 1600mm c/c dengan menggunakan Reinforced Enkamat dan High Energy Absirption (HEA) Panel.

Berdasarkan kaedah rekabentuk pembaikan yang diluluskan oleh JKR, kerja-kerja pembaikan cerun dibahagikan kepada 6 zon termasuk  zon kritikal di zon 1, 2 dan 3.  Bagi  zon kritikal pengukuhan cerun akan melibatkan pemasangan tembok konkrit  300mm dengan ketinggian 4m. Turut dipasang di zon kritikal ini adalah 150mm dia Micropile 900mm c/c dan 18m panjang Hybrid Anchor 1500mm c/c.

Di akhir lawatan tersebut, Ketua Pengarah JAWHAR berpuashati dengan pelaksanaan kerja-kerja yang sedang dilaksanakan oleh kontraktor telah mendahului jadual yang ditetapkan oleh JKR. Walaubagaimana pun beliau meminta supaya pemantauan secara rapi perlu  diteruskan bagi memastikan kerja pembaikan cerun ini dapat disiapkan mendahului jadual.

Disediakan Unit Pemantauan Projek Bahagian Wakaf  JAWHAR

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top