SAMBUTAN HARI INOVASI JABATAN PERDANA MENTERI 2013
Hari Inovasi Jabatan Perdana Menteri 2013 telah diadakan pada Selasa, 1 Oktober 2013 mulai jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang di Grand Ballroom, Hotel Marriott Putrajaya dan dirasmikan olehYBhg. Tan Sri Dr. Ali Bin Hamsa, KetuaSetiausaha Negara. Tema HariInovasi JPM 2013 pada tahun ini adalah“Kecemerlangan Berterusan Menerusi Inovasi”.
Pelbagai aktiviti menarik seperti Bazar Inovasi, Kuiz Inovasi, Taman Inovasi dan Cabutan Bertuah dengan hadiah menarik telah disediakan semasa berlangsungnya sambutan ini. Bersempena majlis ini juga JAWHAR telah dijemput untuk mempamerkan satu projek pembangunan wakafi iaitu Pusat Hemodialisis Batu Pahat Johor kepada pengunjung yang hadir kemajlis tersebut. Projek ini dibangunkan bersama JAWHAR, Jabatan Kerja Raya dan Majlis Agama Islam Johor yang berunsurkan kebajikan kepada masyarakat setempat.
Pameran projek Pusat Hemodialisis Batu Pahat Johor ini turut mendapat kerjasama dari Sinar Dialisis Sdn. Bhd. bagi membantu JAWHAR memberikan penerangan berhubung operasi yang dilaksanakan oleh Pusat Hemodialisis ini kepada pengunjung yang hadir. Adalah menjadi harapan JAWHAR semoga penerangan yang telah diberikan mampu menyuntik semangat masyarakat untuk berwakaf bagi membantu golongan yang memerlukan.
Pada sebelah malamnya pula , bermula jam 8.00 hingga 10.30 malam, Majlis Kecemerlangan JPM 2013 diadakan di tempat yang sama dan telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan PerdanaMenteri Malaysia.
Sebanyak 14 anugerah telah disampaikan pada majlis tersebut kepada Jabatan / Agensi JPM yang berjaya dalam pertandingan inovasi peringkat JPM, pencapaian pengurusan serta pencapaian terbaik Jabatan / Agensi / Pegawai JPM dari segi sukan dan sosial serta penyampaian Pingat Perkhidmatan Cemerlang. Walaupun JAWHAR tidak memenangi anugerah yang dipertandingkan, adalah menjadi komitmen JAWHAR untuk berusaha pada masa akan datang.