Pengumuman

“MAKLUMAT PENTING KEPADA BAKAL JEMAAH HAJI DAN UMRAH TAHUN 2010M/1431.Sila baca maklumat lanjut….


"JAWHAR mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir kepada pegawai dan kakitangan yang menyambut hari lahir pada bulan September 2010."
Zuzaidaisyantie binti Zaaba, (7/September)
Noor Azura binti Zainal, (9/September)
Aniza binti Ludin, (28/September)
Semoga diri, keluarga dan harta diberkati ALLAH.


 

RSS JAWHAR

Pungutan Suara

Penilaian anda terhadap mutu penyampaian laman sesawang JAWHAR?
 
Haji PDF Cetak E-mel

Haji

Haji adalah salah satu daripada rukun Islam. Dengan ibadah haji asas Islam telah menjadi sempurna dan dengannyalah Deen telah sempurna. Dan pada masa Hajilah ayat ini diwahyukan.

Satu ketika seorang alim daripada orang-orang Yahudi berkata kepada Umar ra.:“Di dalam al-Qur'an yang dibaca oleh orang-orang kamu terdapat satu ayat, yang mana jikalau ini diwahyukan ke atas kami, kami akan merayakannya pada setiap tahun.“ Umar (ra.) bertanya: “Apakah ayat tersebut?“

Ayat Al-Maidah:3 yang bermaksud:

makkah

“Pada hari ini Aku telah lengkapkan agama bagimu; telah menyempurnakan nikmatKu ke atas mu; dan telah memilih Islam untukmu sebagai agamamu.“

Umar (ra.) berkata:

Sesungguhnya aku ingat pada hari dan tempat di mana ayat ini diwahyukan (dan di samping turunnya wahyu ayat ini, ia berlaku pula pada hari Jumaat) dan menjadi perayaan yang berganda bagi kami.

Pertama, ia diturunkan pada hari Jumaat ia merupakan hari kebesaran bagi orang-orang Islam. Kedua, ia adalah hari Arafah, hari perayaan bagi orang-orang haji. Umar (ra.) selanjutnya mengatakan bahawa ayat ini telah diwahyukan pada hari Jumaat selepas Asar pada hari Arafah sedang Rasulullah duduk di atas unta betinanya.

Dikatakan selanjutnya di dalam Hadith itu bahawa tidak ada ayat-ayat yang lain diwahyukan selepas itu berhubungan dengan halal dan haram. Ketika ayat ini diwahyukan Rasulullah S.A.W sedang duduk di atas unta betinanya. Unta itu terpaksa duduk kerana berat bebanan yang ditanggungnya kerana turunnya wahyu tersebut. Beginilah selalunya terjadi.

Aisyah ra. menyatakan bahawa jika Rasulullah S.A.W duduk di atas unta, maka unta itu menundukkan lehernya kerana tidak terdaya mengangkatnya atau tidak berdaya bergerak selangkah pun sehinggalah wahyu selesai.

Abdullah bin Amru ra. meriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W bahawa ketika wahyu diturunkan ke atasnya baginda takut bahawa baginda akan kehilangan nyawanya (Durre Manthur).

Zaid Ibnu Thabit ra. menyatakan bahawa bila ayat 95 daripada surah an-Nisa' diwahyukan aku sedang duduk di sebelah Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W menjadi seorang yang seakan-akan berada di dalam setengah pengsan, dan baginda meletakkan pehanya ke atasku, yang sangat berat sekali sehingga aku merasakan bahawa kakiku akan patah. (Durre Manthur).

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W:

“Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W: Barangsiapa menunaikan haji kerana untuk mendapatkan keredhaan Allah dan dengannya tidak menyebut perkataan-perkataan maksiat, tidak melakukan perbuatan-perbuatan keji, akan kembali daripadanya bebas daripada dosa sebagaimana hari di mana ibunya melahirkannya. (Mutafaquun Alaih).“

 

Haji Menggambarkan Cinta Kasih yang Sejati

Haji itu memaparkan satu kecintaan yang sejati dan kasih sayang yang mendalam. Untuk memahami akan perkara ini, hendaklah diingat akan perkara yang berikut. Perhubungan manusia dengan Khaliqnya (Allah) di dalam Islam mempunya dua jenis.

  1. Manusia sebagai hamba Allah
  2. Hubungan berdasarkan kasih sayang dan kesyukuran


Petikan dari
Hikmah dan Fadhilat
Haji, Umrah & Ziarah

Oleh Muhammad Zakariya

Umrah

Umrah dari segi bahasa bermakna ziarah atau menuju ke tempat yang makmur. Ia sesuai dinamakan demikian kerana boleh dilakukan pada bila-bila masa. Pengertian Umrah mengikut syara’ ialah mengunjungi Kaabah untuk melakukan ibadah iaitu tawaf dan sa’ie menurut syarat-syarat wajibnya. Walaupun bagi sesetengah ulama berpendapat bahawa umrah adalah ibadah sunat, ulama Mazhab Syafi’i dan Hambali menyatakan bahawa ianya adalah wajib berdasarkan pada dalil al-Qur’an berikut:

وأتمّوا الحجّ والعمرة لله .................."
“ Dan Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah…. ……“
(al-Baqarah: ayat 196)

Pengertian umrah pada hukum syarak ialah menziarahi Baitullah al-Haram kerana mengerjakan tawaf dan sa’ie dengan menurut syarat- syarat yang diwajibkan. Allah s.w.t. berfirman di dalam al-Quran :

فمن حجّ البيت اواعتمر فلاجناح عليه ان يّطّوّف بهما.
“Maka barang siapa yang hendak melakukan haji ke Baitulallah atau melakukan umrah, maka tidaklah menjadi halangan baginya bahawa ia berlari-lari antara keduanya”.(al-Baqarah: ayat 158)

FADHILAT DAN KELEBIHAN UMRAH

Ibadat umrah dan haji adalah syariat agama Allah s.w.t yang mengandungi rahsia-rahsia dan hikmat-hikmat. Di antara hikmat-hikmat yang dapat diselami adalah untuk melatih umat Islam supaya bersatu haluan dalam mempertingkatkan syiar Islam, berganding bahu untuk menegakkan agama Allah s.w.t. supaya perhubungan di antara masyrakat Islam terjalin lebih erat, lebih mesra lagi tanpa mengira warna kulit biarpun berlainan bahasa percakapan, adat resam dan kebudayaan. Bagi amalan sa’ie direnung kembali peristiwa Siti Hajar, isteri kepada Nabi Ibrahim a.s. yang lari berulang-alik antara Bukit Safa dan Marwah di tengah-tengah padang pasir yang cuacanya panas dan kering untuk mencari air bagi anaknya yang masih bayi. Bila Siti Hajar kembali kepada anaknya dilihat air zam-zam terpancar dari bumi tempat letal kaki Nabi Ismail a.s.. Daripada peristiwa ini umat Islam dapat menanam semangat perjuangan supaya terus berusaha dan tidak mudah putus asa melalui rintangan kehidupan. Mengerjakan umrah dan haji sesungguhnya keduanya menghapuskan dosa. Sekiranya ibadat tersebut mendapat mabrur (amalan baik yang diterima oleh Allah s.w.t.) akan memperolehi syurga. Dalam sebuah hadith lain, Rasulullah s.a.w. bersabda dosa-dosa yang dilakukan selepas satu umrah diampunkan melalui umrah yang berikutnya. Oleh itu, apa yang telah dilakukan di antara dua umrah akan terputus. Hikmat kedua-dua kota di Tanah Suci iaitu amalan ibadatnya digandakan pahala , sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud bahawa sesudah Mekah, maka tidak ada tanah yang lebih utama di bumi ini daripada kota Madinah yang digelarkan dengan nama Madinadul Rasul atau kotanya Rasulullah s.a.w. Amalan-amalan yang dilakukan di Masjid Nabawi akan mendapat pahala yang berlipat ganda dan juga mendapat syafa’at daripada Rasulullah s.a.w. Baginda juga bersabda yang bermaksud bahawa solat di Masjid Nabawi lebih afdal daripada masjid-masjid yang lain sebanyak seribu kali solat kecuali Masjidil Haram, manakala bersolat di masjidnya sebanyak empat puluh waktu dengan tidak tinggal walaupun satu waktunya nescaya dilepaskan mereka daripada azab neraka dan juga azab kubur. Orang–orang yang mengerjakan haji dan umrah, adalah utusan Allah s.w.t. sekiranya mereka memohon sesuatu, dikurniakanNya; jika mereka berdoa, dimakbulkan doanya; dan jika mereka membelanjakan sesuatu maka digantikanNya. Ibadat umrah adalah lambang perpaduan umat Islam yang sentiasa berada dalam ikatan kukuh bagi memperkasakan maruah umat dan kesucian Islam. Umpamanya menerusi aktiviti tawaf dapat dilihat dengan jelas semangat perpaduan dan persaudaraan umat Islam adalah erat sesama manusia, tidak kira raja, rakyat miskin atau kaya, sama sahaja taraf mereka ketika mengerjakan ibadat dan semuanya berpakaian seragam (ihram) bersama-sama mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dan memartabatkan imej dan meningkatkan syiar Islam di persada dunia

Dikemaskini pada Jumaat, 17 Julai 2009 04:26
 

Mutiara Kata

Pautan

ywm

ywm

intranet

webmail

Hit Laman

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini5263
mod_vvisit_counterSemalam13674
mod_vvisit_counterKeseluruhan883781

Hari Ini: Sep 07, 2010