Pengumuman

“MAKLUMAT PENTING KEPADA BAKAL JEMAAH HAJI DAN UMRAH TAHUN 2010M/1431.Sila baca maklumat lanjut….


"JAWHAR mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir kepada pegawai dan kakitangan yang menyambut hari lahir pada bulan September 2010."
Zuzaidaisyantie binti Zaaba, (7/September)
Noor Azura binti Zainal, (9/September)
Aniza binti Ludin, (28/September)
Semoga diri, keluarga dan harta diberkati ALLAH.


 

RSS JAWHAR

Pungutan Suara

Penilaian anda terhadap mutu penyampaian laman sesawang JAWHAR?
 
Laman Utama Arkib Berita Jabatan JAWHAR, MAIN dan YWM komited bangunkan tanah wakaf dalam RMKe-10
JAWHAR, MAIN dan YWM komited bangunkan tanah wakaf dalam RMKe-10 PDF Cetak E-mel

wakaf

Putrajaya:  4 Februari 2010. Satu Bengkel  Penyedian Brif dan Skop Projek Pembangunan Tanah Wakaf RMKe-10 telah diadakan di Jabatan Wakaf  Zakat dan Haji (JAWHAR) melibatkan seramai 30 orang pegawai pembangunan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM).  Bengkel 2 hari ini telah dianjurkan oleh JAWHAR dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, Cawangan Kerja Bangunan Am (CKBA) Kuala Lumpur.

Program yang julung kalinya diadakan itu telah mendapat sambutan dari MAIN termasuk dari Sabah dan Sarawak. Menurut  urusetia bengkel, terdapat  MAIN yang menghantar lebih dari 2 orang peserta semata-mata untuk mendedahkan pegawainya berkaitan dengan pembangunan tanah wakaf dalam RMKe-10 yang akan bermula 2011.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Wakil Ketua Pengarah JAWHAR, Tuan Haji Mohd Bakri Ibrahim yang juga Pengarah Wakaf JAWHAR.  Menurut beliau tujuan bengkel   adalah untuk mendedahkan pegawai-pegawai pembangunan MAIN/YWM  mengenai prospek ekonomi makro serta saiz pelaburan sektor awam bagi tempoh 2 tahun pertama RMKe-10. Katanya lagi, Kerajaan telah mengeluarkan Garis Panduan ke Dua RMKe-10 yang menghuraikan rangka kerja bersepadu mengandungi Bidang Keberhasilan Utama (KRA) dengan outcome dan strategi  berlandaskan lima teras Misi Nasional. Setiap Kementerian/Jabatan telah diminta menyediakan KRA, outcome dan strategi masing-masing bagi menyokong pencapaian setiap KRA RMKe-10 dan perlu mengemukakan sebelum 5 Februari 2010.

Dalam sesi taklimat tersebut, para peserta  didedahkan cara-cara penyediaan brif projek oleh Pn. Nik Ainun Zanariah bt Nik Abdul Rashid, Ketua Unit Pengurusan Projek 5, CKBA JKR  Malaysia.  Menurut Nik Ainun pada asasnya pengiraan kos sesuatu projek adalah berasaskan kepada keluasan lantai bangunan dan perlu ditambah dengan kos-kos yang relatif dengannya seperti bayaran kos perunding, kontigensi, utiliti dan sebagainya. Selain itu, kaedah penetapan siling projek juga boleh digunakan bagi menentukan kos sesuatu projek.  Pada hari kedua bengkel, para peserta  diajarkan cara-cara mengisi maklumat cadangan projek tanah wakaf RMKe-10 secara ‘on line’ oleh En. Noorhafidzi Mohd Arif, Penolong Pengarah Wakaf JAWHAR menerusi e-permohonan Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) Jabatan Perdana Menteri.

Daripada maklumbalas peserta, rata-rata  melahirkan rasa puashati dan gembira  dengan perjalanan bengkel tersebut. Menurut seorang  peserta dari MAIN Perak En. Rohizan Omar,  bengkel tersebut telah membantu beliau mengetahui cara-cara menentukan kos projek supaya tidak ditipu oleh kontraktor.  Ramai para peserta berharap JAWHAR akan terus  menganjur bengkel seumpama itu yang terbukti berjaya  mendedahkan pekara-perkara baru dalam pembangunan tanah wakaf  disamping memperkukuhkan lagi hubungan JAWHAR dengan MAIN/YWM yang telah sedia terjalin. Ini akan melicinkan lagi usaha kerajaan membangunkan lebih banyak tanah wakaf  dalam RMKe-10 bagi merealisasikan Wakaf 1 Malaysia pemangkin kesejahteraan ummah.

Dikemaskini pada Rabu, 10 Februari 2010 10:03
 

Mutiara Kata

Pautan

ywm

ywm

intranet

webmail

Hit Laman

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini5514
mod_vvisit_counterSemalam13674
mod_vvisit_counterKeseluruhan884032

Hari Ini: Sep 07, 2010