| Pencapaian MS 1900:2005 Quality Management System from Islamic Perspectives |
|
|
|
|
PUTRAJAYA, 28 Januari 2010 : Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. dan selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., kaum keluarga dan sahabat Baginda sekalian. Dengan limpah izin dan inayah-Nya, pada 28 Januari 2010, Sistem Pengurusan Kualiti JAWHAR telah diberikan pengiktirafan Pensijilan MS 1900:2005 “Quality Management Systems Requirements From Islamic Perspectives” oleh SIRIM QAS. Adalah lebih membanggakan apabila JAWHAR muncul sebagai agensi Kerajaan pertama yang diiktiraf bagi Pensijilan berprestij ini selepas diaudit selama dua (2) hari bermula daripada 27 sehingga 28 Januari 2010. YBhg. Dato’ Dr. Hj. Sohaimi Hj. Mohd Salleh, Ketua Pengarah JAWHAR merakamkan jutaan tahniah dan penghargaan terima kasih kepada warga JAWHAR di atas pengiktirafan persijilan MS 1900:2005 ini. Kejayaan ini adalah hasil kesepakatan dan ketekunan semua pihak. Bak kata-kata beliau sempena Hari Bersama Ketua Pengarah yang lalu, ’Kita tuntaskan semua cabaran dan halangan demi menyahut seruan ke arah keterbilangan dengan tekun dan bersungguh-sungguh sebagaiamana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah S.W.T. menyukai apabila seseorang dari kamu melakukan sesuatu pekerjaan, dia ber'itqan' dengan pekerjaan itu." (Hadis riwayat Al-Baihaqi).’ Dalam perkhabaran lipatan sejarah ini, pihak urusetia juga ingin turut sama mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama, komitmen jitu dan kesungguhan warga JAWHAR sekalian bagi menjayakan program Pensijilan MS 1900:2005 ini. Sesungguhnya, berkat niat ikhlas seluruh warga JAWHAR, kejayaan ini dapat dicapai. Semoga Allah S.W.T. menerima semua usaha kita ini sebagai satu khidmat kepada agama-Nya dan semuanya akan menjadi amalan soleh yang bernilai di sisi-Nya jua. Amin. |