| Perutusan Ketua Pengarah |
|
|
|
|
Selamat datang ke laman web Jabatan Wakaf Zakat dan Haji. Jabatan ini ditubuhkan pada 27 Mac 2004, semasa YAB Perdana Menteri membentuk kabinet barunya. Selaras dengan misi dan peranan yang telah ditetapkan untuk menyelaras dan memajukan pengurusan wakaf dan zakat serta memantau pengurusan haji, Jabatan ini menaruh harapan tinggi agar masyarakat umum dapat mendekati dan mengenali serta berinteraksi dengan lebih mudah menerusi teknologi ini.
Adalah menjadi harapan saya agar laman Web ini dapat berfungsi sebagai pusat sumber informasi yang bermaklumat mengenai fungsi dan peranan yang dipertanggungjawabkan. Menerusi laman web ini juga, saya percaya budaya penggunaan teknologi maklumat dapat dipertingkatkan. Saya bagi pihak Jabatan amat menghargai dan mengalu-alukan sebarang idea-idea bernas atau cadangan-cadangan penambahbaikan dalam usaha untuk mewujudkan sebuah organisasi unggul yang mampu membangun dan mengembangkan sosio ekonomi ummah menerusi institusi wakaf, zakat dan haji. Akhir kata, saya mengalu-alukan anda melayari laman web ini agar segala maklumat yang dipaparkan dapat dimanfaatkan dengan bijaksana. Sekian, terima kasih. Dato' Dr. Sohaimi Hj. Mohd Salleh Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji Arkib Ucapan Ketua Pengarah
|
| Dikemaskini pada Isnin, 04 Januari 2010 14:40 |