|
Himpunan Fatwa Kuala Lumpur |
|
|
|
|
Himpunan Fatwa > Kuala Lumpur
1. PERKARA FATWA MENGERJAKAN UMRAH SEBELUM MENGERJAKAN FARDU HAJI DARIPADA LEMBAGA URUSAN TABUNG HAJI. KEPUTUSAN Mesyuarat berpendapat : (a) Ada pun mengerjakan umrah dan tidak mengerjakan fardu haji pada tahun itu adalah harus. (b) Pekerjaan menunaikan umrah padahal ia belum menunaikan fardu haji tidaklah menyalahi kehendak Islam, barang diingat menunaikan fardu haji adalah wajib bagi orang muslimin dan muslimat yang cukup syarat mengerjakan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. (c) Alasan-alasan yang menyokong pengharusan mengerjakan ibadah umrah pada hal ia belum lagi mengerjakan fardhu haji terdapat dalam Al-Quran. 2. PERKARA FATWA MENGENAI HUKUM ORANG-ORANG HAJI YANG SAKIT TIDAK DAPAT BERMALAM PADA HARI TASYRIK. KEPUTUSAN Mesyuarat memutuskan : (a) Sah hajinya mengikut pendapat ulama Syafie tetapi wajib dam dan itulah qaul yang muktamad. (b) Pendapat yang lain sah hajinya tetapi sunat membayar dam. Dalam hal yang disebutkan pada perkara (1) di atas itulah sah hajinya mengikut pendapat ulama Syafie tetapi wajib dan itulah qaul yang muktamad yang menjadi amalan oleh penganut Islam Yang bermazhab Syafie. 3. PERKARA FATWA PEMAKAIAN TANDA BAGI MENENTUKAN BAKAL-BAKAL HAJI KEPUTUSAN Bersetuju bahawa pemakaian tanda adalah harus bagi menentukan bakal-bakal haji daripada Malaysia : (a) Gelang diharuskan pakai bagi perempuan. (b) Cincin diharuskan pakai bagi lelaki sama ada daripada perak atau tembaga atau besi. 4. PERKARA MASALAH WADIAH YANG DIKEMUKAKAN OLEH TABUNG HAJI KEPUTUSAN 1. Telah membuat kesimpulan bahawa ijab hendaklah disyaratkan dengan lafaz tetapi qabul tidak disyaratkan dengan lafaz dan memadai dengan tsahaja. 2. membuat kesimpulan bahawa wadiah itu adalah sebagai amanah dan jadilah amanah itu sebagai madmunah (ditanggung). 3. Simpanan yang dibuat di Tabung Haji itu bukan ianya berbentuk wadiah bahkan ianya berbentuk damin itu adalah berdasarkan kepada Akta Tabung haji. 4. Mencadangkan sekiranya pihak Tabung Haji hendak mengadakan secara wadiah maka ia hendaklah menubuhkan satu bahagian khas mengenai wadiah. 5. PERKARA KEBAJIKAN JEMAAH HAJI KEPUTUSAN Mencadangkan kepada MAIWP supaya mendesak Majlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bagi tujuan mengkaji dan menimbang semula mengenai kebajikan umat Islam berhubung dengan jemaah haji Malaysai yang menunaikan haji melalui Tabung Haji. 6. PERKARA KEDUDUKAN ORANG YANG TELAH DIISTIHARKAN BANKRAP PERGI MENUNAIKAN HAJI KE MEKAH. KEPUTUSAN 1. Jabatan pemegang harta adalah merupakan pemegang amanah kepada pemiutang. Pemiutang adalah mempunyai hak sama ada untuk menahan atau membenarkan penghutang pergi keluar negeri. 2. Muflis ( bankrap ) wajib terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pemiutang ( bank/institusi kewangan) atau wakilnya sebelum meninggalkan Negara sama ada untuk menunaikan haji atau lain-lainnya. 7. PERKARA PENGGUNAAN PELALIAN VAKSIN MENINGOCOCCAL QUADRIVALEN OLEH ORANG ISLAM. KEPUTUSAN Bahawa penggunaan Vaksin, Meningococcal Quadrivalen Injection Menomune bagi jamaah haji tahun 2002 ini adalah harus kerana darurat, walaubagaimanapun Kementerian Kesihatan Malaysia adalah diminta supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa bekalan vaksin halal bagi kegunaan orang Islam di Negara ini adalah mencukupi supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi.
| Tarikh : |
23/10/2007 |
| Oleh : |
P&P |
|
|
Dikemaskini pada Selasa, 03 November 2009 16:24 |