font bigger  font smaller  blue theme  green theme  red theme  contras theme 
| Other Language
  • slide1
  • slide3
  • slide8
  • slide9
jtemplate.ru - free Joomla templates

  Definisi

Pengumuman

KOMPILASI KAJIAN DAN PENULISAN ILMIAH BERKAITAN WAKAF, ZAKAT, MAL DAN HAJI BOLEH DIRUJUK DARI LAMAN WEB JAWHAR


MAKLUMAT HOTEL-HOTEL PROJEK WAKAF YANG TELAH SIAP

Klik Sini Untuk Mendapatkan Maklumat Hotel


SILA LIKE DAN FOLLOW JAWHAR DI FACEBOOK DAN TWITTER

 

Statistik Pelawat

Hari IniHari Ini393
SemalamSemalam575
KeseluruhanKeseluruhan157802

Terus Berhubung

fb-icon   twitter-icon   rss-icon  youtube-icon

Login

ZIARAH UMRAH: ELAK JADI MANGSA TIPU ATAU AGENSI TIDAK BERTAULIAH

“Debaran yang dirasai  oleh Puan Aminah akhirnya  berlalu juga apabila dirinya pasti bahawa dia telah ditipu oleh syarikat  pengelola umrah.  Punah sudah hasratnya untuk  berangkat menunaikan umrah. Hasratnya yang berkobar-kobar sebelum ini padam umpama pelita kehabisan minyak. Agensi pengendali umrah yang  diambilnya memberi pelbagai alasan apabila dihubungi  dan yang terkini panggilan melalui telefon tidak lagi berjawab. Apabila  dia cuba pergi ke premis pejabat seperti yang tertera di kad nama agensi, pejabat  ditutup seolah-olah tidak beroperasi. Mengingati hasrat untuk menunaikan ibadat tersebut sebenarnya lahir apabila seorang tok syeikh memberi ceramah di masjid kampungnya dan mempelawa jemaah menunaikan umrah dengan bayaran separuh sahaja iaitu  RM 2500 manakala kos separuh lagi ditaja oleh seorang hamba Allah yang dermawan.  Dia segera  menyerahkanwang RM 2500 tunai kepada wakil syarikat itu tanpa banyak bertanya atau menyelidiki terlebih dahulu memandangkan tawaran terhad sejumlah 30 orang sahaja.  Tawaran itu seperti durian runtuh kepada mereka.”

 

Demikian antara senario yang berlaku dalam masyarakat punca berlakunya penipuan sama ada yang dilakukan oleh agensi pengendali umrah atau individu perseorangan.  Segolongan masyarakat  dengan mudah percaya kepada individu yang berperawakan seperti seorang alim. Individu ini memberi ceramah dan mempromosi pakej umrah di masjid dan surau untuk mempengaruhi dan mencari peluang menipu. Terdapat juga individu-individu yang  dilantik oleh agensi pengendali umrah dan diberi kepercayaan  mengutip wang pendahuluan daripada orang ramai lalu  pecah amanah kerana gelap mata melihat sejumlah wang yang besar.

 

Pada amnya  masyarakatIslam mengetahui bahawa umrah merupakan ibadah yang dilaksanakan dengan mengunjungi Baitullah al-Haram pada bila-bila masa selain bulan haji dan perlu berihram, tawaf, saie dan bertahallul mengikut tertib. Umrah juga dikenal dengan haji kecil oleh masyarakat.Sebagaimana haji kefardhuan umrah juga tertakluk sama seperti syarat dalam ibadat haji iaitu Islam, baligh, berakal dan mampu. Tuntutan umrah turut tertakluk berdasarkan  kemampuan mereka sama ada dari segi tenaga dan wang ringgit.

 

Peningkatan tahap pendidikan dan tersebar luasnya ilmuagama  melalui media massa dan elektronik menyebabkan masyarakat Islam mula mengambil peduli hukum umrah yang merupakan fardhu ain bagi individu Islam yang mampu untuk kali pertama  melaksanakannya atau wajib dengan sebab nazar sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah.” (al-Baqarah : 196).

 

Berdasarkan peningkatan kesedaran terhadap hukum umrah dan terpenuhinya syarat-syarat umrah sebahagian besar umat Islam di Malaysia tidak dapat dinafikan lagi telah menyebabkan hasrat dan cita-cita  untuk menunaikan ibadah umrah ke tanah suci  meningkat sebagai pembuktian kesempurnaan iman dan kebaktian kepada Allah SWT.  Cita-cita menunaikan haji oleh masyarakat Islam yang dikekang oleh faktor  kuotanegara  dan penantian giliran panggilan haji yang memakan masa bertahun-tahun menyebabkan mereka beralih arah untuk menunaikan ibadah umrah sebagai suatu usaha sokongan  sebelum melaksanakan cita-cita besar tersebut.

 

Dewasa ini juga trend pelanconganke luar negara oleh rakyat Malaysia telah berkembang yang mana ziarah Makkah dan ibadah umrah termasuk salah satu daripadanya. Hal ini  disebabkanfaktor peningkatan taraf ekonomi umat Islam di negara kita. Rata-rata masyarakat Islam di kampung termasuk di Felda telah menikmati taraf ekonomi yang lebih baik hasil daripada pelbagai pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan.Turut sama ialah masyarakat Islam di bandar yang berpendidikan tinggi menikmati keselesaan hidup dengan kerjaya yang mantap  menyumbang sebahagian besar peningkatan statistik industri ini.

 

Keadaan ini disemarakkan lagi oleh artis-artis terkenal tanah air yang menjadikan umrah sebagai aktiviti tahunan atau menjadikan aktiviti ini suatu perniagaan contohnya pakej umrah bersama artis.Sebagaimana kita tahu artis-artis ini menjadi ikon dan perhatian masyarakat. Kunjungan mereka melaksanakan umrah biasanya digembar-gemburkan oleh media sekali gus mencetuskan sedikit sebanyak hasrat golongan yang memuja mereka untuk mengerjakan ibadah umrah. Hasrat itu dianggap terbaik kerana kunjungan mereka ke Makkah umpama serampang  dua mata.

 

Impak yang sangat positif daripada trend pelancongan rakyat Malaysiadan penunaian  haji kecil sebagai sokongan kepada haji besar oleh masyarakat Islam yang berada dalam kelas ekonomi pertengahan  ini turut menjelaskan senario perkembangan  industri  umrah di Malaysia.Industri ini berkembangbegitu ketara pada tahun-tahun kebelakangan   berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia. Pada tahun 2011sahaja  sejumlah 136,000 orang jemaah Malaysia membuat perjalanan umrah.

 

Perkembangan industri  ini telah membuka ruang dan peluang kepada lebih banyak lagi syarikat untuk masuk ke dalam bidang perniagaan ini sebagai agensi pengendali umrah. Permintaan yang tinggi daripada masyarakat yang berkehendakkan perkhidmatan syarikat pengendali umrah menyebabkan industri ini berpotensi untuk berkembang lebih jauh lagi dan berkeupayaan menjana keuntungan yang sangat besar.

 

Walau bagaimanapun, melalui dan menjalani proses perkembangan ini, perjalanan industri ini  tidak terlepas daripada anasir-anasir buruk iaitu dimasuki oleh agen-agen yang  tidak bertanggungjawab. Mereka hanya masuk untuk meraih keuntungan mudah sama ada dengan menjadi agen atau agensi pengendali umrah palsu dengan menipu wang pelanggan semata-mata atau menjalankan perkhidmatan pakej umrah tetapi tidak peduli terhadap  kualiti perkhidmatan yang dijanjikan terhadap  pelanggan.

 

Tahun demi tahun  penipuan dan penyelewengan agensi pengendali umrah yang dilaporkan meningkat berdasarkan statistik kes yang difailkan  di Tribunal Tuntutan  Pengguna Malaysia (TTPM). Mengikut rekod daripada TTPM  pada tahun  2009 hanya 37 kes yang dicatat berbanding pada tahun 2010 sebanyak 155 kes dan 164 kes pada tahun 2011. Peningkatan kes yang ketara dalam dua tahun kebelakangan ini memberikan satu petunjuk yang kurang baik di mana anasir-anasir yang menjurus kepada penipuan sedang masuk ke dalam industri dan keadaan ini perlu dikawal agar tidak membarahdalam masyarakat.

 

Anggaran kos realistik untuk mengerjakan umrah seharusnya dicari oleh pengguna. Pengguna bijak akan membuat perbandingan harga antara pakej-pakej yang ditawarkan oleh agensi pengendali umrah kerana melalui penyelidikan ini pengguna dapatmengetahuianggaran kos yang diterima akal untuk melaksanakan perjalanan tersebut. Sebarang harga luar biasa yang ditawarkan mungkin di sebaliknya ada isu sama ada wujud kostersembunyi yang akan diminta kepada pengguna sepanjang tempoh perjalananumrah ataupun pakej berkualiti rendah.

 

Lebih malang lagi,  jikaseseorang telah membuat bayaran pakej umrah terhadap individu atau agensi tetapi hasrat untuk menunaikan umrah umpama mimpi kerana agensi adalah sindiket palsu yang menipu semata-mata. Oleh yang demikian, fikir sejenak di mana letaknya keuntungan yang bakal  diperoleh agensi yang menawarkan harga luar biasa rendah berbanding agensi-agensi pesaing bak kata pepatah ada udang di sebalik batu kerana yang pasti tiada sebuah syarikatpun berniaga untuk  tujuan kebajikan  sepenuhnya.

 

Tertipu atau dikhianati oleh agensi umrah sama ada secara langsung atau tidak menepati pakej yang dijanjikan seharusnya dapat dielakkan jika kita mengetahui punca utama masalah ini. Kebanyakan kes merekodkan pengguna percaya dengan agen hubungan, tidak mempunyai maklumat tentang isu umrah  dan tidak menyelidiki sama ada syarikat pengendali benar-benar wujud atau tidak. Hal ini boleh dianggap pengguna melakukan kecuaian atau menganiayai  dirimereka sendiri.

 

Mengapa masyarakat Islam masih mudah terpedaya?Tidak dinafikan antara sebabnya ialah orang Islam mempunyai hati yang lembut, halus dan mudah bersangka baik terhadap seseorang.Sifat-sifat mahmudah ini sangat baik apatah lagi jika dilorongkan kepada perkara-perkara kebajikan.Namun demikian, kita harus jelas isu yang mana harus bersikap sedemikian dan isu yang mana harus bersikap sebaliknya.Penulis bukan berpendapat pengguna harus bersikap mazmumah tetapi dalam hal perniagaan jelas perlu ada sedikit sikap curiga, berhati-hati terhadap orang yang baru dikenali dan menyelidiki lebih lanjut sesuatu tawaran atau perkhidmatan yang ingin dibeli.

 

Kuasa utama hakikatnya berada di tangan pengguna atau bakal jemaah. Oleh itu, sejak awal lagi pengguna mesti bijak menggunakan kuasamereka untuk mengelakkan diri menjadi mangsa penipuan sindiket atau agensi  ini. Pada hemat penulis, satu sikap yang penting ditanamkan dalam diri setiap pengguna adalah sikap prihatin.Menurut Kamus Dewan prihatin bermaksud mengambil berat atau perhatian terhadap sesuatu perkara. Pengguna harus mencari tahu sesuatu maklumat yang disampaikan termasuk sentiasa berwaspada, menyelidiki  setiap maklumat yang diterima tanpa menerima bulat-bulat sehingga pasti maklumat itu sahih.

 

Bertentangan dengan  sikap prihatin adalah cuai. Enggan prihatin akan membawa pengguna menerobos masuk ke dalam masalah yang mendukacitakan.  Sekiranya pengguna Islam mengakar umbikan sikap prihatin dalam diri  untuk menghadapi apa jua hal sama ada terhadap sebarang tawaran pembelian, pakej perkhidmatan dan lain-lain pasti mereka akanterhindar daripada sebarang penipuan.

 

Demi menghindarkan diri daripada terjerat dalam situasi di atas, terdapat beberapa langkah yang harusdiambil oleh bakaljemaah umrah yang prihatin antaranya seperti yang berikut :

  • Menjalankan sedikit kajian tentang umrah dan isu-isu terkini yang dihadapi oleh industri melalui internet.
  • Menyelidiki agensi pengendali umrah yang berdaftar dengan Kementerian Haji Arab Saudi.
  • Meneliti harga tawaran pakej umrah antara agensi-agensi pengendali umrah yang sah agar dapat mengetahui harga tawaran yang realistik.
  • Melayari laman web agensi kerajaan yang dapat membantu memberi input seperti laman web Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) di portal i-Umrah laman web Kementerian Pelancongan Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan lain-lain.
  • Meminta pendapat dan nasihat rakan-rakan dan saudara mara yang pernah menunaikan umrah.

Konklusinya, jadilah pengguna yang prihatin yang melambangkan kebijakan kitadi samping melaporkan kes-kes penipuan bagi  penguatkuasaan undang-undang terhadap penjenayah yang terlibat. Jika masyarakat berganding bahu menangani isu ini ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni  sudah pasti kes penipuan atau kegagalan bakal jemaah umrah melaksanakan perjalanan ibadah akan berkurangan atau dapat dicegah.

1malaysia  mygov   msc      jakim  jpa   mampu   mysms   ep  hrmis

Hubungi Kami

Aras 7, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel : 603 8883 7400
Faks : 603 8883 7406
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Hakcipta Terpelihara © 2014 JAWHAR | Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji