font bigger  font smaller  blue theme  green theme  red theme  contras theme 
| Other Language
  • slide1
  • slide3
  • slide8
  • slide9
jtemplate.ru - free Joomla templates

  Definition

Announcements

AWQAF HOTELS INFORMATION THAT HAS BEEN COMPLETED

Click Here To Get Information


PLEASE LIKE AND FOLLOW US ON FACEBOOK  AND TWITTER

Visitor Statistics

TodayToday630
YesterdayYesterday575
All DaysAll Days158039

Stay Connected

fb   twttr   rss   youtube

Login

Administrative Directive

Arahan Pentadbiran Tahun 2008

Bilangan 1/2008

Perbelanjaan Kewangan Berhemah

Tarikh Kuatkuasa : 22 Februari 2008

Dimaklumkan bahawa sebagai kakitangan Kerajaan kita perlu menyokong usaha Kerajaan untuk melaksanakan Perbelanjaan Kewangan Berhemah.

2. Sehubungan ini, sebagai langkah untuk menyokong saranan Kerajaan tersebut pihak Pengurusan Tertinggi JAWHAR telah membuat ketetapan supaya mengutamakan kursus-kursus anjuran institusi-institusi latihan Kerajaan seperti INTAN, ILKAP, ILIM, PPN dan sebagainya di sekitar Kuala Lumpur. Rasional bagi ketetapan ini adalah untuk menyokong perkembangan institusi-institusi Kerajaan tersebut di samping dapat menjimatkan kos perbelanjaan kursus serta menjimatkan masa memandangkan kursus diadakan di sekitar Kuala Lumpur. Pada umumnya, kualiti kursus Kerajaan adalah setanding dan lebih baik daripada kursus yang diadakan oleh pihak swasta.

3. Petikan daripada Mesyuarat Pagi Bersama Y. Bhg. Dato' TKSUK Bil. 51 (32/2006) perkara 3.7 memaklumkan bahawa:

"Pertimbangan untuk Melaksanakan Kursus di Luar Lembah Kelang : Keputusan terdahulu menyatakan bahawa Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Melaka sahaja. Oleh yang demikian, terdapat permintaan daripada Jabatan/Agensi yang ingin supaya kursus-kursus diadakan di luar Putrajaya dan Kuala Lumpur (contoh seperti di Kedah atau Kelantan). Sebarang cadangan untuk mengadakan kursus di luar Lembah Kelang akan dipertimbangkan mengikut justifikasi yang diberikan serta mengikut keperluan semasa".

4. Merujuk kepada perkara di perenggan 3 di atas, maka pihak Pengurusan Tertinggi JAWHAR telah membuat ketetapan supaya kursus-kursus oleh JAWHAR perlu diadakan di sekitar Lembah Kelang. Manakala bagi kursus yang dicadangkan untuk diadakan di luar Lembah Kelang hendaklah menggunakan kemudahan Kerajaan seperti yang disediakan oleh INTAN, Bahagian Pengurusan Hartanah, Institut Latihan Islam Malaysia dan sebagainya.

Bilangan  2/2008

Laporan Status Program/Aktiviti Bahagian/Unit

Tarikh Kuatkuasa : 14 Mac 2008

Dimaklumkan bahawa semua bahagian dan unit perlu mengemukakan LAPORAN STATUS PROGRAM/AKTIVITI BAHAGIAN/UNIT mingguan sebelum pukul tiga petang setiap Isnin bagi melaporkan perkara-perkara yang telah dilaksanakan dalam minggu tersebut serta perkara-perkara yang dirancang untuk dilakukan pada minggu hadapan.

2. Format laporan adalah meliputi perkara-perkara seperti berikut:

Bil.

Perkara

Status

Tindakan Susulan

Tarikh Siap Sasaran

 

Bilangan  3/2008

Urusan Sebarang Surat-Menyurat JAWHAR

Tarikh Kuatkuasa : 31 Mac 2008

Dimaklumkan bahawa sebarang surat-menyurat atau memo yang dikeluarkan oleh mana-mana bahagian/unit termasuk Pejabat Ketua Pengarah/Timbalan Ketua Pengarah perlu disediakan dalam tiga salinan iaitu salinan asal untuk dihantarkan kepada penerima, salinan pertama untuk simpanan fail serta salinan kedua untuk disimpan dalan fail timbul masing-masing. Surat/memo tersebut juga perlu dilengkapi dan dikemaskini dengan nombor kandungan fail yang betul, tarikh yang tepat ditandatangani sewajarnya.

2. Sehubungan ini, adalah dimaklumkan juga bahawa Laporan berkala yang tebal tidak perlu dimasukkan dalam fail tetapi disimpan secara teratur di dalam fólder berkulit keras. Ini adalah bagi menggelakkan fail menjadi terlalu tebal. Walau bagaimanapun, surat yang dikeluarkan bagi mengemukakan Laporan tersebut kepada pihak berkaitan perlu dimasukkan dalam fail berkaitan serta fail timbul. Untuk makluman semua, seperti yang tertera pada kulit fail, fail perlu ditutup apabila kandungan fail mencecah 100 atau ketebalan fail mencapai 1.5 inci yang mana terdahulu.

Bilangan  4/2008

Urusan Surat-Menyurat Terperingkat (Kabinet)

Tarikh Kuatkuasa : 3 April 2008

Dimaklumkan bahawa sebarang surat-menyurat daripada Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antarabangsa dan sebagainya yang diklasifikasikan sebagai surat terperingkat (SULIT/RAHSIA) yang perlu dipanjangkan menerusi memo kepada pihak ketiga untuk tindakan lanjut, memo atau arahan tersebut WAJIB diklasifikasikan sewajarnya berdasarkan kepada surat asal (SULIT/RAHSIA). Ketetapan ini adalah berdasrkan kepada Mesyuarat Pagi Bersama TKSUK, JPM pada 2 April 2008 serta peringatan oleh pihak Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (KPKK).

Bilangan  5/2008

Parkir Kereta

Tarikh Kuatkuasa : 24 April 2008

Dimaklumkan bahawa :

i. semua warga JAWHAR adalah dilarang sama sekali untuk meletakkan kenderaan masing-masing ditempat yang akan menghalang laluan kereta lain. Meletakkan kereta di laluan masuk/keluar akan menyusahkan orang ramai yang menggunakan laluan tersebut dan keadaan ini juga mungkin mengundang bahaya/kemalangan;

ii. warga JAWHAR adalah dilarang untuk meletak kenderaan di parkir yang telah dikhaskan untuk kegunaan kenderaan Jabatan, melainkan telah mendapat kepastian daripada Ketua Pembantu Tadbir (Pengurusan) bahawa parkir tersebut boleh digunakan (kenderaan Jabatan outstation); dan

iii. warga JAWHAR yang ingin menggunakan parkir kereta yang telah dikhaskan untuk kegunaan pegawai-pegawai tertentu (sekiranya kosong) perlu menghubungi pegawai tersebut/PA untuk meminta izin bagi menggunakan parkir beliau.

Bilangan 6/2008

Penjimatan Penggunaan Elektrik

Tarikh Kuatkuasa : 24 April 2008

Dimaklumkan bahawa :

i. "PENJIMATAN ELEKTRIK - Warga JAWHAR dipohon supaya memastikan peralatan komputer dan lain-lain peralatan elektrik ditutup termasuk power switch di lantai (switch off) dengan sempurna bagi tujuan penjimatan dan keselamatan. Pihak BTM dipohon oleh pihak pengurusan tertinggi untuk melaporkan kegagalan warga JAWHAR yang tidak mematuhi arahan ini."; dan

ii. PENGGUNAAN FUNGSI STANDBY KOMPUTER - fungsi ini boleh digunakan untuk menjimatkan penggunaan eletrik apabila tuan/puan tidak menggunakan komputer tersebut untuk satu tempoh masa tertentu.

Bilangan 7/2008

Bengkel JAWHAR

Tarikh Kuatkuasa : 25 April 2008

Dimaklumkan bahawa Sijil Penyertaan perlu diberikan kepada semua peserta sama ada pihak luar atau warga JAWHAR yang menyertai sebarang Bengkel, Seminar dan sebagainya anjuran JAWHAR. (Tindakan : bahagian/unit yang menganjurkan Bengkel/seminar).

Sehubungan ini, perlu menguruskan bayaran (mengikut Pekeliling dan peraturan yang berkuatkuasa) kepada pakar-pakar rujuk/penceramah yang memberi input/maklumbalas serta berkongsi maklumat, kepakaran dan sebagainya. (Tindakan : bahagian/unit yang menganjurkan Bengkel/seminar dengan kerjasama Unit Kewangan, BKPSM, JAWHAR).

 

Bilangan 8/2008

Kelulusan Perbelanjaan

Tarikh Kuatkuasa : 28 April 2008

Dimaklumkan bahawa sebarang aktiviti/program Bahagian/Unit atau Jabatan yang melibatkan perbelanjaan RM30,000 ke atas perlu dikemukakan untuk mendapat kelulusan Y.B. Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sehubungan ini, pembelian harta modal Jabatan juga perlu mendapat kelulusan Y.B. Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum dikemukakan kepada Pegawai Pengawal, Jabatan Perdana Menteri. Adalah dimaklumkan juga bahawa Memorandum/Nota kepada Y.B. Menteri perlu disalinkan kepada Y. Bhg. Timbalan Ketua Setiausaha, Jabatan Perdana Menteri untuk makluman beliau.

 

Bilangan 9/2008

Bengkel/Mesyuarat di Luar Pejabat

Tarikh Kuatkuasa : 12 May 2008

Dimaklumkan bahawa kertas konsep yang lengkap dan dikemaskini bagi mengadakan bengkel/mesyuarat JAWHAR perlu diselaraskan secara bulanan oleh semua bahagian/unit dan dikemukakan kepada A(P) untuk ulasan dan kepada Y. Bhg. Dr. KP untuk kelulusan sebelum dipanjangkan oleh BKPSM, JAWHAR kepada BPSM, JPM. Kertas Konsep bagi sebarang aktiviti JAWHAR (setelah diulas oleh A(P) dan dilulusakn oleh Y. Bhg. Dr. KP) yang perlu mendapat kelulusan BPSM, JPM WAJIB dihantar kepada PP(P)2/PPT(P) selewat-lewatnya pada 10 hb. bulan sebelum bulan aktiviti tersebut dirancang untuk dilaksanakan. Contohnya: bagi aktiviti yang dicadangkan akan diadakan sepanjang bulan Julai 2008, Kertas Konsep terperinci serta lengkap dengan ulasan A(P) dan kelulusan Y. Bjhg. Dr. KP perlu dikemukakan kepada BKPSM, JAWAHR selewat-lewatnya pada 10 Jun 2008.

Sukacita juga diperingatkan semula Arahan Pentadbiran Bil. 1/2008 iaitu supaya semua aktiviti JAWHAR diadakan di pejabat atau kemudahan-kemudahan Kerajaan yang lain disekitar Lembah Kelang serta supaya semua warga JAWHAR mengutamakan kursus-kursus anjuran institusi-institusi latihan Kerajaan seperti INTAN, ILKAP, ILIM, PPN dan sebagainya di sekitar Kuala Lumpur. Rasional bagi ketetapan ini adalah untuk menyokong perkembangan institusi-institusi Kerajaan tersebut di samping dapat menjimatkan kos perbelanjaan kursus serta menjimatkan masa memandangkan kursus diadakan di sekitar Kuala Lumpur. Pada umumnya, kualiti kursus Kerajaan adalah setanding dan lebih baik daripada kursus yang diadakan oleh pihak swasta.

 

Bilangan 10/2008

Kelulusan Pembentangan Kertas Kerja JAWHAR

Tarikh Kuatkuasa : 6 Jun 2008

Dimaklumkan bahawa pembentangan sebarang Kertas Kerja JAWHAR kepada pihak luar di forum, conference, seminar, mesyuarat dan sebagainya di dalam atau luar negara hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Y.B. Menteri di Jabatan Perdana Menteri melalui Y. Bhg. Dr. Ketua Pengarah JAWHAR terlebih dahulu sebelum persetujuan dapat diberikan. Antara lain memorandum untuk mendapatkan kelulusan Y. B. Menteri perlu merangkumi perkara-perkara berikut:

i. Tajuk Kertas Kerja;
ii. Rangka Kerja Kertas tersebut;
iii. Target audience;
iv. Pihak penganjur;
v. Tajuk forum/seminar dsb.;
vi. Lokasi forum/seminar tersebut diadakan; dan
vii. Hal-hal lain.

 

Bilangan  11/2008

Penjimatan Petrol Kenderaan Jabatan

Tarikh Kuatkuasa : 6 Jun 2008

Dimaklumkan bahawa disebabkan oleh penstrukturan semula/kenaikan harga petrol yang mendadak maka semua warga JAWHAR perlu mengambil tindakan yang bijak dan berhemah semasa menggunakan kenderaan pejabat. Langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut:

  1. Semua warga JAWHAR yang hendak menggunakan kenderaan pejabat perlu merancang perjalanan masing-masing sebagaimana merancang penggunaan kereta sendiri. Sekiranya warga JAWHAR ingin menggunakan kenderaan pejabat ke hala tuju yang sama dengan warga JAWHAR yang lain, maka mereka perlu berkongsi kenderaan;
  2. Pemandu-pemandu JAWHAR perlu mengambil langkah dalam menggunakan petrol kereta pejabat sepertimana yang dilakukan ke atas kereta sendiri; dan
  3. Pegawai Kenderaan Jabatan P(P), PP(P)2, PPT(P) dan KPT(P) perlu menyemak dan memastikan Buku Log Pemandu serta Buku Penggunaan Petrol sentiasa dikemaskini;
  4.  

Bilangan 12/2008

Keahlian Kelab Kebajikan dan Sukan JAWHAR

Tarikh Kuatkuasa : 16 September 2008

Dimaklumkan bahawa keputusan Pengurusan Tertinggi JAWHAR bahawa semua warga kerja JAWHAR (tidak termasuk Pegawai Khidmat Singkat) adalah diWAJIBkan mendaftar sebagai ahli Kelab Kebajikan dan Sukan JAWHAR (KKSJ) dan pegawai/kakitangan ini tertakluk kepada semua syarat-syarat serta terma-terma yang berkuatkuasa di bawah perlembagaan KKSJ yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.

 

Bilangan 13/2008

Laporan Mesyuarat

Tarikh Kuatkuasa : 26 September 2008

Dimaklumkan bahawa tuan/puan (semua warga JAWHAR) tidak kira gred jawatan yang disandang WAJIB menyediakan Laporan Mesyuarat berdasarkan format seperti yang dilampirkan, sekiranya menghadiri mana-mana mesyuarat. Laporan tersebut perlu disediakan dalam tempoh masa sehari bekerja selepas mesyuarat tersebut selesai. Laporan ringkas lebih kurang satu muka surat (Font Arial, 12, 1.5 line spacing) perlu dikemukakan kepada Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR serta sesalinan Laporan perlu difailkan dalam fail yang berkaitan.

 

Bilangan  14/2008

Penempatan Aset Harta Modal

Tarikh Kuatkuasa : 26 September 2008

Dimaklumkan bahawa tuan/puan perlu memastikan hanya aset serta harta modal yang terletak dilokasi masing-masing sahaja direkodkan dalam sistem MyAset. Sehubungan ini, tuan/puan adalah diminta untuk memaklumkan menerusi e-mel kepada PT(P)3 (En. Muhammad Firdaus) (s.k.: Puan Zaharah Harun) sekiranya tuan/puan berpindah ke lokasi lain dalam Jabatan ini. Sila pastikan aset/harta modal yang berada dilokasi baru tuan/puan sahaja yang direkodkan dalam sistem/dokumen yang berkaitan.

Bilangan 15/2008

Penggunaan Perkhidmatan Pos Laju

Tarikh Kuatkuasa : 9 Oktober 2008

Dimaklumkan bahawa setiap bahagian/unit perlu mengisi Borang Permohonan Penggunaan Perkhidmatan Pos Laju dan mendapat kelulusan dari PPT(P)/KPT(P) sebelum menggunakan perkhidmatan Pos Laju.

 

Bilangan 16/2008

Kelulusan Permohonan Perolehan dan Perbelanjaan

Tarikh Kuatkuasa : 31 Oktober 2008

Dimaklumkan bahawa perolehan harta modal/inventori/peralatan pejabat serta sebarang kelulusan perbelanjaan bagi setiap Bahagian/Unit di JAWHAR perlu dikemukakan untuk ulasan Akauntan (Pengurusan) [A(P)], pengesahan Bahagian Audit Dalam (BAD), Jabatan Perdana Menteri (JPM), kelulusan Y. Bhg. Ketua Pengarah JAWHAR dan/atau Pegawai Pengawal JPM (Y. Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara) terlebih dahulu. Sebarang ketidakakuran terhadap perkara ini, tindakan surcaj akan dikenakan sewajarnya.

 

Bilangan  17/2008

Pematuhan Ke Atas Peraturan dan prosedur kewangan

Tarikh Kuatkuasa : 6 November 2008

Dimaklumkan bahawa semua peraturan dan prosedur kewangan (walau sekecil/semudah mana pun) yang berkuatkuasa dari masa ke semasa WAJIB dipatuhi oleh semua warga kerja JAWHAR. Sebarang kegagalan dalam mematuhi perkara ini, tindakan tatertib/surcaj akan dikenakan sewajarnya.

 

Bilangan  18/2008

Penggunaan Kemudahan di PICC

Tarikh Kuatkuasa : 11 November 2008

Dimaklumkan bahawa penggunaan kemudahan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) adalah TIDAK DIBENARKAN. Sehubungan ini, bagi majlis/aktiviti/program JAWHAR tuan/puan adalah disyorkan untuk menggunakan kemudahan di bangunan JAKIM (Kompleks D), Auditorium Kompleks E, Institut Latihan Islam Malaysia dan sebagainya.

1malaysia  mygov   msc      jakim  jpa   mampu   mysms   ep  hrmis

Contact Us

Level 7, Block E2, Complex E,
Federal Government Administrative Centre,
62502 Putrajaya, Malaysia.
Phone : 603 8883 7400
Fax : 603 8883 7406
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Hakcipta Terpelihara © 2014 JAWHAR | Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji