Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Ikon Wakaf Jawhar Ke 14 Siap Berfokuskan Kebajikan Dan Pendidikan Pelajar Luar Bandar

10 September 2012, Besut Terengganu. Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) terus giat membangunkan tanah wakaf bersama Majlis Agama Islam Negeri demi memastikan manfaatnya dapat dirasai oleh ummah termasuk masyarakat sekitar dan pewakaf. Terbaharu selepas menganjurkan Seminar Wakaf Serantau 2012 pada 4 – 5 September 2012 yang telah mendapat sambutan luar dugaan di sebuah hotel terkemuka di ibukota Kuala Lumpur, sebuah lagi ikon wakaf yang ke 14 JAWHAR siap dibina di Negeri Terengganu Darul Iman. Ikon wakaf yang serba indah ini merupakan sebuah kompleks pelajar terdiri daripada 2 bangunan asrama pelajar bertaraf kolej yang boleh memuatkan sehingga 200 pelajar pada satu masa. Kompleks ini juga dilengkapi dengan blok bangunan pentadbiran dan rumah warden.

Satu majlis penyerahan bangunan asrama pelajar telah diatur oleh JKR Daerah Besut pada 10 September 2012 sebelah petang di antara JKR Negeri Terengganu (selaku agensi pelaksana projek) dengan Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) (pelanggan projek). Beberapa agensi/jabatan lain turut dijemput sama antaranya Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM), JKR CKBA Kuala Lumpur, ICU Negeri Terengganu, Yayasan Terengganu, kontraktor utama dan lain-lain.

Ketua Pengarah JAWHAR Datuk Hj. Anan bin C. Mohd telah hadir bagi mewakili Kerajaan Persekutuan untuk menerima bangunan asrama pelajar secara rasminya daripada JKR Negeri Terengganu menerusi En Ismail bin Mohamad Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bangunan yang mewakili Pengarah JKR Negeri Terengganu bersama Jurutera Daerah Besut Tuan Haji Shahini bin Muhamad.

Di dalam ucapan Datuk Hj Anan yang mewakili Kerajaan Persekutuan, beliau menzahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT dan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada JKR Negeri Terengganu dan JKR Daerah Besut kerana telah berjaya menyiapkan projek wakaf JAWHAR yang ke 14 dengan kos RM8.3 juta di atas tanah wakaf yang dulunya adalah sebidang tanah bendang yang terbiar. Beliau juga merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada JKR CKBA Kuala Lumpur, ICU Putrajaya, ICU Terengganu, Bahagian Kewangan dan Pembangunan Jabatan Perdana Menteri, TNB Negeri Terengganu, TNB Besut dan semua pihak yang terlibat yang turut sama memainkan peranan penting menyiapkan projek wakaf ini yang diberi nama Kompleks Pelajar Wakaf Wan Abdul Latif sempena mengambil nama pewakaf yang mewakafkan tanah tersebut kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Emily and constanza valuable reference are standing quietly,

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top