Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Hotel Wakaf Pertama Dirasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

Majlis Perasmian Hotel Pantai Puteri (JAWHAR-MAIM) telah diadakan pada Jumaat  11 November 2011 bersamaan 15 Zulhijjah 1432H. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Hadir sama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom, Pembesar-Pembesar Negeri Melaka, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai daripada Kerajaan  Persekutuan dan Negeri.

Berucap pada majlis itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Seri Jamil Baharom, berkata pembinaan hotel berkonsep Islam itu dirancang menjadi model pembangunan wakaf kepada semua Majlis  Agama Islam Negeri (MAIN). “ Melaka menerusi MAIM dipilih merintis projek hotel wakaf daripada empat rangkaian hotel wakaf yang dirancang dibangunkan oleh JAWHAR yang turut meliputi Taiping, Port Dickson, dan Kuala Terengganu,” katanya.

Pembinaan Hotel Pantai Puteri (JAWHAR-MAIM) bermula 15 Januari 2009 dan siap pada 25 Ogos 2011 dan dijangka mula beroperasi pada 15 November 2011. Kos pembinaan hotel ini menelan belanja RM25.6 juta menggunakan peruntukan di bawah RMKe-10 Program Pembangunan Hartanah Wakaf JAWHAR, Jabatan Perdana Menteri. Hotel bertaraf 3 bintang dan setinggi 7 tingkat menawarkan kemudahan  87 bilik penginapan dengan 5 bilik Executive Suite, 46 bilik Deluxe dan 36 bilik Superior. Dilengkapi dengan Multi Purpose Hall dengan 700 pax, Dewan Seminar 200 pax, Café 120 pax dan sebuah Kolam Renang.

Tepat jam 4.45 petang keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Shah ke Majlis Perasmian Hotel Pantai Puteri (JAWHAR-MAIM) TG. Kling Melaka disambut  meriah ribuan rakyat Melaka  dengan berbaris di sepanjang jalan menuju ke hotel termasuk 1000 pelajar sekolah mengibarkan bendera Malaysia.

Titah ucapan Perasmian dan Majlis Menandatangani Plak Perasmian telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan disusuli persembahan gimik pelancaran. Baginda juga telah berkenan mengadakan lawatan ke bilik penginapan di tingkat 7 sebelum menikmati santapan petang.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 25 November, 2020 @ 5:01 PM
Top