Awam Kerajaan Warga JAWHAR

HOTEL WAKAF KE 4 JAWHAR DI BANDAR KUALA TERENGGANU BAKAL MENGGAMIT PELANCONG

Hotel

Pembangunan hartanah wakaf di Malaysia mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) Jabatan Perdana Menteri Putrajaya berjaya menyiapkan hotel wakafnya yang terbesar di bandar Kuala Terengganu terletak di tengah bandar berhampiran dengan Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Majlis penyerahan kunci bangunan hotel tersebut telah diadakan pada 8 April 2013 bersamaan 27 Jamadil Awal 1434 disempurnakan oleh YBhg Datuk Hajjah Hasnah binti Haji Salleh Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Beberapa kenamaan yang hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Pengarah JAWHAR, Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am (CKBA), Datuk Ar. Prof. Dr. Amer Hamzah bin Mohd Yunus, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama/Ketua Pegawai Esekutif MAIDAM, Dato’ Haji Mohd Rozali bin Salleh dan Pengarah JKR Negeri Terengganu Tuan Haji Shafei bin Mohamed serta pegawai-pegawai kanan daripada beberapa jabatan dan agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri. Dianggarkan lebih 250 jemputan turut hadir menyaksikan penyerahan kunci hotel ini.

Di dalam majlis tersebut Ketua Pengarah JAWHAR Datuk Anan C. Mohd telah menerima dokumen penyerahan projek dan replika kunci hotel daripada JKR yang diwakili oleh Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am (CKBA) Ibu pejabat, Datuk Ar. Prof. Dr. Amer Hamzah bin Mohd Yunus, Replika Kunci Hotel tersebut kemudiannya diserahkan kepada Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama/Ketua Pegawai Esekutif MAIDAM, Dato’ Haji Mohd Rozali bin Salleh sebagai pemegang amanah tunggal wakaf dan end user. Di majlis yang sama juga turut diadakan penyerahan surat kuasa operasi hotel oleh MAIDAM kepada Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) satu entiti wakaf yang diwujudkan oleh JAWHAR bagi mengurus pengoperasian hotel dan seterusnya kepada operator hotel Syarikat Ayahbonda Sdn Bhd untuk tujuan pengoperasian. Dijangka hotel ini akan mula beroperasi 15 April 2013.

Hotel yang dibina dengan kos RM41 juta ini mengandungi 180 bilik merupakan hotel yang ke 4 disiapkan oleh JAWHAR menerusi Jabatan Kerja Raya. Keseluruhan sumber kewangan bagi membina bangunan hotel yang tersergam indah ini adalah diterima daripada dana wakaf di bawah Pembangunan Hartanah Wakaf JAWHAR RMKe-10. Sebelum ini 3 hotel wakaf JAWHAR bertaraf 3 + bintang telah siap dan beroperasi iaitu Hotel Pantai Puteri (JAWHAR-MAIM) di Melaka berharga RM25.6 juta, Hotel Klana Beach Resort Port Dickson (JAWHAR- MAINS) di Negeri Sembilan berharga RM33 juta dan Hotel Seri Warisan (JAWHAR-MAIPk) di Perak berharga RM19 juta. Ia merupakan satu sumbangan dalam bentuk wakaf untuk kemaslahatan ummah daripada Kerajaan Persekutuan kepada Majlis Agama Islam Negeri.

Bangunan hotel 7 tingkat ini kelihatan menarik sekali kerana mengandungi rekabentuk bercirikan Islam. Terdapat kemudahan kolam renang untuk kanak-kanak dan dewasa yang mengasingkan lelaki dan perempuan. Di samping itu terdapat 2 dorm untuk lelaki dan perempuan yang boleh diisikan sebanyak 50 katil dan amat sesuai kepada pengunjung yang datang secara berkumpulan. Dijangka hotel ini akan memberi hasil pulangan wakaf secara tetap kepada MAIDAM dan YWM sebanyak RM1.8 juta setahun.

Gambar-gambar semasa Majlis Penyerahan Kunci

{gallery}10042013{/gallery}

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.34 Subuh 5.44 Syuruk 07.04 Zohor 13.06 Asar 16.28 Maghrib 19.03 Isyak 20.17
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 2 Disember, 2020 @ 8:56 AM
Top