Awam Kerajaan Warga JAWHAR

HOTEL WAKAF KE-3 JAWHAR SIAP BERKONSEPKAN WARISAN

10 Mei 2012 bersamaan 18 Jamadil Akhir 1433. Selepas mengharungi pelbagai rintangan dalam pembangunannya, akhirnya usaha gigih dan komitmen jitu Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) bersama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dan Jabatan Kerja Raya (JKR)  berjaya menyiapkan sebuah lagi hotel wakaf di Taiping, Perak selepas Hotel Pantai Puteri (JAWHAR-MAIM) Tanjung Kling Melaka dan Klana Beach Resort (JAWHAR-MAINS) Port Dickson Negeri Sembilan. Bagi meraikan  kejayaan tersebut satu Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Hotel telah diadakan pada 10 Mei 2012 dan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Othman Mahmood Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri.

Di majlis tersebut  Ketua Pengarah JAWHAR, YBhg. Datuk Anan bin C. Mohd, telah menerima sebuah  replika kunci bangunan hotel daripada  Pengarah JKR  Negeri Perak dan seterusnya menyerahkan replika kunci bangunan tersebut kepada Datuk Syed Omar bin Syed Shabudin, Ketua Pegawai Eksekutif selaku wakil MAIPk.

JAWHAR telah memperuntukan sebanyak RM19 juta untuk membangunkan Hotel Wakaf Taiping di atas tanah milik MAIPk yang kini dikenali sebagai  Hotel Seri Warisan (JAWHAR-MAIPk). Kerjasama ini merupakan perkongsian pintar (Smart Partnership) di bawah strategi Laut Biru (Blue Ocean Strategy) yang  telah membuahkan hasil dan ia sekaligus memberikan gambaran betapa Kerajaan begitu serius membangunkan tanah wakaf menerusi program transformasi pembangunan hartanah wakaf.

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada pihak Jabatan Kerja Raya Perak, khususnya kepada JKR Daerah Larut, Matang dan Selama selaku wakil Pegawai Penguasa Projek, Syarikat Nazarin (NBM) Sdn Bhd selaku kontraktor bangunan dan Syarikat Para Dagang Sdn Bhd selaku kontraktor hiasan dalaman serta semua pihak yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan pembinaan Hotel Seri Warisan (JAWHAR – MAIPk) ini.

Bangunan Hotel Seri Warisan (JAWHAR-MAIPk)  ini terbahagi kepada 4 tingkat yang mempunyai 45 buah bilik terdiri bilik single, berkembar dan bilik famili berkonsepkan warisan, 1 Dewan Bankuet, 3 Bilik Seminar, 1 Kafeteria serta kemudahan-kemudahan pengurusan yang lain.  Selain dari tujuan penginapan, Dewan Bankuet  juga boleh digunakan untuk pelbagai majlis dan seminar oleh pihak Kerajaan mahu pun swasta. Hotel ini dijangka akan mula beroperasi mulai Jun 2012. Bandar Taiping merupakan bandar warisan negeri Perak yang mempunyai keunikan yang tersendiri dan berupaya menggamit para  pelancong dalam dan luar negara  menikmatinya.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top