Awam Kerajaan Warga JAWHAR

IFTAR RAMADAN 1435H DAN HARI BERSAMA KP BULAN JULAI

 

pg5 169

Tanggal 22 Julai 2014/ 22 Ramadan 1435H yang lalu, Majlis Hari Bersama Yg. Bhg Datuk Ketua Pengarah  JAWHAR dan  Majlis IFTAR Ramadan JAWHAR telah diadakan bertempat di Datataran JAWHAR.Majlis yang bermula 6.30 petang itu dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan (KKSJ).

Majlis ini turut dihadiri oleh semua kakitangan JAWHAR termasuk kakitangan JAWHAR yang baru bertukar iaitu Bekas Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR iaitu Tuan Haji Mu’az bin Haji Zawawi dan jemputan khas iaitu Dr Rosbi Binti Abd Rahman. Selain itu tidak ketinggalan ahli keluarga warga JAWHAR yang turut sama memeriahkan Majlis tersebut.

Agenda Majlis Hari Bersama Datuk Ketua Pengarah JAWHAR bagi Bulan Julai 2014 dimulakan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Bulanan JAWHAR (APCBJ) dan Anugerah Miftahul Ilmi (Peminjam Buku Terbanyak) bagi Bulan Julai diberkan kepada Puan Norliza binti Mainoordin (APCBJ) dan Encik Mohd Mustafidurrohman bin Mohd Syahroni (Miftahul Ilmi). Tidak ketinggalan penyampaian kad dan hadiah sempena kelahiran kakitangan JAWHAR bagi bulan Julai 2014.

pg5 149 pg5 136 pg5 132

Di dalam amanat yang disampaikan oleh Datuk Haji Anan bin C. Mohd beliau amat berterima kasih kepada semua yang hadir untuk memeriahkan Majlis ini. Beliau berharap agar silaturahim yang terjalin ini berpanjangan hendaknya.  Beliau juga berpesan agar sebagai penjawat awam tentunya sifat takwa menjadi kekuatan dalaman dan menjadi benteng pengawal diri. Sifat takwa menjadikan seseorang itu lebih bermotivasi untuk bekerja dengan penuh amanah, gigih dan komited demi kepentingan agama dan negara.

Dengan penganjuran Majlis ini diharapkan dapat mengeratkan lagi silaturahim  dikalangan warga kerja JAWHAR berserta keluarga masing-masing. Majlis melabuhkan tirai pada kira-kira jam 8.30 malam.

 

 


Authentic passion for learning is one that http://writemyessay4me.org/ admissions officers admire?

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top