Awam Kerajaan Warga JAWHAR

PERHIMPUNAN BULANAN BERSAMA KETUA PENGARAH JAWHAR BAGI BULAN APRIL 2014

 hbkp_april14 044

Perhimpunan Bulanan Bersama Ketua Pengarah JAWHAR bagi bulan April 2014 telah diadakan pada hari Jumaat, 25 April 2014 bersamaan 25 Jamadilakhir 1435 bertempat di Dataran JAWHAR. Majlis perhimpunan kali ini diurusetiakan oleh Bahagian Baitulmal dengan kerjasama Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) JAWHAR. Majlis telah dimulakan sekitar jam 10.30 pagi dengan nyanyian lagu “Negaraku”, nasyid “Asma’ul-Husna” dan bacaan doa bagi mendapat keberkatan Allah SWT.

Majlis diteruskan dengan slot perkongsian ilmu dengan tayangan video yang bertajuk “Kenapa Hati Menjadi Keras” yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid disusuli dengan sesi hebahan maklumat berkaitan kelahiran permata JAWHAR, senarai warga JAWHAR dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan April, hebahan pegawai baru, pertukaran pegawai dan penamatan Latihan Industri bagi pelajar praktikal di JAWHAR. Majlis kemudiannya diserikan dengan tayangan montaj berkaitan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh JAWHAR sepanjang bulan April 2014.

Seterusnya, majlis dimeriahkan lagi dengan pengumuman pemenang Anugerah Miftahul Ilmi dan Pekerja Contoh Bulanan JAWHAR bagi bulan April 2014 dan diteruskan dengan sesi penyampaian sijil kepada penerima-penerima anugerah yang telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Hj. Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR. Anugerah Miftahul-Ilmi diraih oleh Ustazah Hafizah binti Abdul Shukor dari Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa, manakala Anugerah Pekerja Contoh Bulanan JAWHAR pada kali ini disandang oleh Puan Juliana binti Senin dan Puan Yuslinda binti Che Hashim dari BKP.

Dalam majlis ini, Y.Bhg Datuk telah menyatakan saranan dan amanat beliau, tentang kepentingan pengurusan masa yang perlu dilaksanakan secara bijak serta keburukan budaya suka bertangguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan terutamanya dalam perkara-perkara yang bermanfaat untuk kehidupan di dunia dan akhirat.

Menurut beliau, dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi, Rasulullah SAW menyarankan supaya kita merebut peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara yang lain, iaitu masa muda sebelum hari tua, masa sihat sebelum masa sakit, masa kaya sebelum masa miskin, masa lapang sebelum masa sibuk dan masa hidup sebelum datangnya mati.

Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada pegawai yang bertukar iaitu Ustaz Ridzuan bin Awang dan penyampaian kad kepada warga JAWHAR dan YWM yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan April 2014. Seterusnya, majlis diserikan dengan acara memotong kek diiringi dengan nyanyian lagu “Allah Selamatkan Kamu”.

Y.Bhg Datuk Ketua Pengarah telah mengambil peluang ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir khususnya kepada Bahagian Baitulmal dan BKP atas usaha murni yang dilaksanakan bagi menjayakan majlis ini.

Majlis berakhir pada jam 12.00 tengah hari dengan jamuan makan tengah hari.

hbkp_april14 092 hbkp_april14 091 hbkp_april14 080 hbkp_april14 067 hbkp_april14 016 hbkp_april14 004

 

Disediakan oleh : Bahagian Baitulmal, JAWHAR

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top