Awam Kerajaan Warga JAWHAR

HARI BERSAMA KETUA PENGARAH JAWHAR BULAN NOVEMBER 2013

Hari Bersama Ketua Pengarah JAWHAR bagi bulan November 2013 telah diadakan pada    26 November 2013 bersamaan dengan 22 Muharam 1435H (Selasa) bertempat di Dataran JAWHAR, Blok E2, JAWHAR, Putrajaya. Majlis perhimpunan kali ini diurusetiakan oleh Pelajar-pelajar Praktikal dengan kerjasama BKPSM. Majlis dimulakan sekitar jam 4 petang dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Asmaul Husna. Bagi mendapat keberkatan Allah SWT, majlis ini diteruskan dengan bacaan doa.

Majlis diteruskan dengan sesi Hebahan Maklumat yang dimulakan dengan pemakluman penamatan Latihan Industri bagi 7 orang pelajar praktikal, pengumuman Anugerah Miftahul Ilmi bagi bulan November 2013 serta pengumuman Anugerah Pekerja Contoh Bulanan JAWHAR Bagi Bulan November 2013. Makluman berkenaan warga JAWHAR yang telah selamat  melangsungkan perkahwinan bagi bulan November 2013 dan ulang tahun kelahiran warga JAWHAR bagi bulan November turut dihebahkan.

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian Anugerah Miftahul Ilmi yang diraih oleh Encik Idzharudin Ibrahim dari Bahagian Mal. Manakala penerima Anugerah Pekerja Contoh  Bulanan JAWHAR bagi bulan November 2013 diraih oleh Tuan Haji Mohd Bakri Ibrahim dari Bahagian P&P dan Puan Maimunah Ahmad dari Bahagian Kewangan, BKPSM.                  YBhg. Datuk KP turut berbesar hati menyampaikan sumbangan daripada KKSJ kepada Encik Hasbullah Huzaini yang telah selamat melangsungkan perkahwinan beliau pada          3 November 2013 dan penyampaian kad hari lahir kepada warga JAWHAR dan YWM yang menyambut hari lahir pada bulan November.

Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada YBhg. Datuk Haji Anan C Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR. Beliau mengambil peluang merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir khususnya kepada Pelajar-pelajar Praktikal dan BKPSM atas usaha yang telah dilaksanakan untuk menjayakan majlis ini.  YBhg. Datuk turut menyampaikan ucapan tahniah kerana JAWHAR telah berjaya mendapat tempat pertama dalam melaksankan transaksi ePerolehan secara atas talian berbanding 298 PTJ JPM yang melaksanakannya. Daripada jumlah keseluruhan transaksi pembelian terus yang diuruskan oleh JAWHAR iaitu 161 dengan nilai RM661,406.12 , 148 transaksi dengan nilai RM601,694.12 telah dilaksanakan secara atas talian dan 13 transaksi dengan nilai RM59,712 dilakukan secara off line . Secara peratusannya 91.92% dilaksanakan secara atas talian. Beliau juga turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada BKPSM dan Bahagian Kewangan atas pencapaian ini dan berharap pencapaian ini dapat dikekalkan pada masa-masa akan dating.

Majlis diceriakan lagi dengan sesi memotong kek dan nyanyian lagu ‘Allah selamatkan kamu’ kepada warga JAWHAR dan YWM yang menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran bagi Bulan November 2013.oleh mereka yang diraikan.  Majlis berakhir pada jam 5.15 petang dengan jamuan ringan.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top