Awam Kerajaan Warga JAWHAR

HARI BERSAMA KP BULAN SEPTEMBER 2013

Perhimpunan Bulanan Bersama Ketua Pengarah JAWHAR bagi bulan September telah berlangsung pada 27 September 2013 bersamaan 21 Zulkaedah 1434H dengan dihoskan oleh Bahagian Wakaf.  Perhimpunan ini telah dihadiri oleh warga JAWHAR dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM).

Bagi mendapat keberkatan dari Allah SWT, majlis ini telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Haji Zainal bin Haji Yusof, seterusnya disusuli dengan sesi hebahan maklumat iaitu kemasukan warga baru JAWHAR iaitu Puan Lizah bt Ismail, Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S44 dan ditempatkan di Bahagian Penyelidikan dan Penyelarasan, 3 orang pelajar praktikal iaitu En. Muhamad Rafeeq b. Shamsuddindari bidang Sarjana Muda Sains Sosial Universiti Sultan Zainal Abidinditempatkan di SSZO, Cik Norul Syahirah bt Mokhtar dari bidang Sarjana Muda Sains Statistik, UiTM ditempatkan di Bahagian Zakat dan Cik Nor Azizah bt Razlan dari bidang Sarjana Muda Sains Statistik, UiTM ditempatkan di Bahagian Wakaf sertameraikan pertukaran dan kenaikan pangkat En Abdul Halim Sunny dari Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia, JAWHAR ke Jabatan Penyiaran. Di samping itu diraikan juga warga JAWHAR iaitu Puan Hawariah bt Mohamad Anuar yang telah dikurniakan cahayamata puteri pertama pada 23 Jun 2013 dan diberi nama Alya Hawani Humaira bt. Haji Sabarudin.

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian sijil Anugerah Miftahul Ilmi kepada En. Rohaizit bin Abdul Rashid dari Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia dan Pekerja Contoh bagi bulan September 2013 iaitu Puan Ili Raudhah bt. Mahat dari Bahagian Teknologi Maklumat.

YBhg. Dato’ Ketua Pengarah dan seluruh warga JAWHAR meraikan ulangtahun kelahiran warga JAWHAR dalam bulan September dengan acara penyampaian kad ulangtahun kelahiran, sesi memotong kek dan nyanyian lagu ‘Allah selamatkan kamu’.

Di akhir sesi majlis ini, Y.Bhg Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR mengambil peluang merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir khususnya kepada Bahagian Wakaf atas usaha yang telah dilaksanakan serta mengucapkan tahniah atas kreativiti dan inisiatif yang telah diambil bagi menceriakan lagi majlis Hari Bersama Ketua Pengarah pada kali ini. Beliau menyeru semua warga JAWHAR mengambil perhatian yang serius terhadap cabaran ekonomi yang dihadapi sekarang ini dan mengambil langkah berjimat cermat dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Setiap yang kita perolehi sekarang wajar disyukuri kerana ini adalah hasil usaha pihak Kerajaan untuk memastikan Negara dan masyarakat sentiasa berada dalam keadaan sejahtera dan harmoni .

Disediakan oleh: Bahagian Wakaf, JAWHAR

I follow my friends serious hyperlink to a table where a large book stands.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.32 Subuh 5.42 Syuruk 07.01 Zohor 13.12 Asar 16.34 Maghrib 19.20 Isyak 20.34
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 1 Jun, 2020 @ 10:46 AM
Top