Awam Kerajaan Warga JAWHAR

HARI BERSAMA KETUA PENGARAH JAWHAR BAGI BULAN DISEMBER 2013

kp dis2013

Hari Bersama Ketua Pengarah JAWHAR bagi bulan Disember 2013 telah diadakan pada 24 Disember 2013 bersamaan dengan 21 Safar 1435H (Selasa) bertempat di Dataran JAWHAR, Blok E2, JAWHAR, Putrajaya. Majlis perhimpunan kali ini diurusetiakan oleh Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dengan kerjasama BKPSM JAWHAR. Majlis dimulakan sekitar jam 3.00 petang dengan nyanyian Lagu Negaraku, 1 Malaysia dan Asmaul Husna. Bagi mendapat keberkatan Allah SWT, majlis ini diteruskan dengan bacaan doa.

Majlis diteruskan dengan sesi Hebahan Maklumat yang dimulakan dengan makluman penamatan perkhidmatan warga YWM, makluman warga baru YWM dan pelajar praktikal JAWHAR dan YWM. Majlis diteruskan lagi dengan  pengumuman Anugerah Miftahul Ilmi bagi bulan Disember 2013, Anugerah Pekerja Contoh Bulanan JAWHAR Bagi Bulan Disember 2013 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang YWM Tahun 2012 untuk Kumpulan Pengurusan & Professional dan Kumpulan Sokongan. Majlis diteruskan dengan makluman berkenaan warga YWM yang telah melangsungkan perkahwinan, kelahiran cahayamata warga YWM serta ulang tahun kelahiran warga JAWHAR bagi bulan Disember turut dihebahkan.

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian Anugerah Miftahul Ilmi yang dianugerahkan kepada Puan Noriah Othman dari Bahagian Wakaf. Manakala penerima Anugerah Pekerja Contoh  Bulanan JAWHAR bagi bulan Disember 2013 diraih oleh Encik Issyemmuddeen Iesa dari Bahagian Kewangan, BKPSM. Bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang YWM Tahun 2012 untuk Kumpulan Pengurusan & Professional dianugerahkan kepada Puan Nur Syaffina binti Ab Rahim dan bagi Kumpulan Sokongan pula dianugerahkan kepada Encik Mohd Zainol Abidin bin Mamat.

Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada YBhg. Datuk Haji Anan C Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR. Beliau memaklumkan JAWHAR dan YWM telah bersama-sama menghadiri bengkel Sasaran Kerja Tahunan 2014 di Hotel Seri Malaysia, Genting Highland pada 19 hingga 21 Disember 2013 yang lalu. YBhg. Datuk juga berharap peranan wakaf akan terus diperkasa dan diperkukuh dalam usaha mengembalikan semula kegemilangan wakaf sebagaimana di zaman Rasulullah SAW. YBhg. Datuk turut memaklumkan Pelan Induk Transformasi Pembangunan Hartanah Wakaf di Malaysia yang dilaksanakan oleh YWM dengan kerjasama pihak JAWHAR dan EPU telah hampir siap. Beliau juga mengharapkan cadangan pelaksanaan Wakaf Korporat yang dijangka akan dibentangkan kepada Mesyuarat Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pada 13 Januari 2014diluluskan sekaligus menjadi wakaf koporat pertama dilaksanakan di peringkat Persekutuan dan boleh dijadikan sebagai model pelaksanaan oleh Negara Luar. Majlis diceriakan lagi dengan sesi memotong kek dan nyanyian lagu ‘Allah selamatkan kamu’ kepada warga JAWHAR yang menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran bagi Bulan Disember 2013 oleh mereka yang diraikan. Majlis diteruskan dengan satu sesi perkongsian ilmu yang bertajuk ‘Rahsia di Sebalik Musibah’ yang disampaikan oleh Encik Luqman bin Mahadi daripada Bahagian Pemasaran dan Penyelarasan YWM. Majlis berakhir pada jam 5.00 petang dengan jamuan ringan.

Disediakan Oleh : Yayasan Waqaf Malaysia (YWM)

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.32 Subuh 5.42 Syuruk 07.01 Zohor 13.12 Asar 16.34 Maghrib 19.20 Isyak 20.34
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 1 Jun, 2020 @ 10:46 AM
Top