Awam Kerajaan Warga JAWHAR

HARI BERSAMA KP BULAN JANUARI 2014

kp-jan2014

Hari Bersama Ketua Pengarah JAWHAR bagi bulan Januari 2014 telah diadakan pada 28 Januari 2014 bersamaan dengan 26 Rabiul Awwal 1435H (Selasa) bertempat di Dataran JAWHAR, Blok E2, JAWHAR, Putrajaya. Majlis perhimpunan kali ini diurusetiakan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia (BKPSM). Majlis dimulakan sekitar jam 2.30 petang dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Asmaul Husna. Bagi mendapat keberkatan Allah SWT, majlis diteruskan dengan bacaan doa.

Majlis diteruskan dengan sesi Hebahan Maklumat yang dimulakan dengan pemakluman Aktiviti-aktiviti JAWHAR bagi bulan Januari 2014, pengumuman Penganugerahan Pencapaian Empat Bintang JAWHAR dalam Pengurusan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2012, pengumuman Anugerah Pekerja Contoh Bulanan JAWHAR bagi Bulan Januari 2014 serta pengumuman Anugerah Miftahul Ilmi bagi bulan Januari 2014. Makluman berkenaan warga JAWHAR yang telah selamat melangsungkan perkahwinan bagi bulan Disember 2013, warga JAWHAR yang dikurniakan cahayamata, ulang tahun kelahiran warga JAWHAR bagi bulan Januari serta warga JAWHAR yang dilanda musibah turut dihebahkan.

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian sijil, hadiah & sumbangan. YBhg. Datuk Haji Anan bin C Mohd, Ketua Pengarah telah menyampaikan sijil & plak kepada Tuan Haji Mu’az bin Haji Zawawi, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR sebagai tanda simbolik penghargaan kepada seluruh warga JAWHAR di atas pencapaian empat bintang Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2012. Penerima Anugerah Pekerja Contoh Bulanan JAWHAR bagi bulan Januari 2014 diraih oleh Encik Mohamed Khallam bin Ismail dari Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia, manakala Anugerah Miftahul Ilmi bagi Bulan Januari 2014 diraih oleh Puan Nor Fazilah binti Wahab, dari Bahagian Penyelidikan dan Penyelarasan. YBhg. Datuk Ketua Pengarah turut berbesar hati menyampaikan hadiah perkahwinan daripada KKSJ kepada Puan Hasanah binti Badrul yang telah selamat melangsungkan perkahwinan beliau pada 31 Disember 2013 dan sumbangan kepada warga JAWHAR yang dilanda musibah.

Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada YBhg. Datuk Haji Anan bin C Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR. Beliau mengambil peluang merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir khususnya kepada Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia atas usaha yang telah dilaksanakan untuk menjayakan majlis ini. YBhg. Datuk turut menyampaikan ucapan tahniah kerana JAWHAR telah berjaya mendapat empat bintang dalam Pengurusan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2012 dan tempat pertama dalam melaksanakan transaksi ePerolehan secara atas talian berbanding 298 PTJ JPM yang melaksanakannya. YBhg. Datuk turut mengingatkan agar seluruh warga JAWHAR mematuhi etika sebagai penjawat awam dengan menjaga disiplin dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Pada bulan ini, JAWHAR menjemput Encik Mohd Rashidi bin Baba, dari Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia untuk menyampaikan taklimat mengenai Prosidur dan Tatacara Pinjaman Perumahan Perbendaharaan.

Majlis diceriakan lagi dengan penyampaian kad hari lahir kepada warga JAWHAR yang menyambut hari lahir pada bulan Januari dan acara memotong kek oleh mereka yang diraikan dan nyanyian lagu ‘Allah selamatkan kamu’ kepada warga JAWHAR yang menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran bagi bulan Januari 2014.  Majlis berakhir pada jam 4.30 petang dengan jamuan ringan.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.41 Subuh 5.51 Syuruk 07.07 Zohor 13.15 Asar 16.22 Maghrib 19.20 Isyak 20.29
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 28 September, 2020 @ 2:56 PM
Top