Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Hari Bersama Ketua Pengarah JAWHAR

Hari Bersama Ketua Pengarah JAWHAR bagi bulan Jun 2012 telah diadakan di Dataran JAWHAR pada 22 Jun 2012 jam 3.00 hingga 5.00 petang.

Majlis yang dipengerusikan oleh Encik Muhammad Suardi Shafien dan Cik Nurhafizah binti Muhammed Za’ba dimulai dengan nyanyian Lagu Negaraku, Satu Malaysia dan Asmaul Husna dan disusuli dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Azizi bin Salleh. Majlis diteruskan dengan sesi hebahan maklumat dengan memperkenalkan warga baru Jabatan iaitu YBrs. Tuan Haji Mu’az bin Haji Zawawi (Timbalan Ketua Pengarah), Encik Mohammed Siddiqui bin Mohamd Tarimizi (PTD M41) dan pelajar praktikal yang menjalani latihan amali di JAWHAR diikuti dengan penyampaian Anugerah Miftahul Ilmi yang diraih oleh  Cik Hawariah binti Mohamed Anuar manakala Anugerah Pekerja Contoh Bulanan JAWHAR bagi bulan Jun  2012 diraih oleh Encik Murid Fadzli bin Musa.

Seterusnya adalah pengumuman dan penyampaian hadiah sempena  perkahwinan pada bulan Jun 2012 kepada Encik Mohd Fadhil Khariry Abdullah Kasim dan penamatan lima orang pelajar praktikal iaitu Cik Ros Maimunah binti Haji Yahya Zikri, Cik Siti Khadijah binti Idris, Cik Noor Maizatul Husna binti Hamdan, Cik Raja Nur Izzati binti Raja Hassan dan Cik Najua binti Rasid serta majlis penyampaian kad hari lahir kepada warga JAWHAR, YWM dan WZO yang menyambut hari lahir pada bulan Jun 2012. Mereka yang menyambut ulangtahun tersebut ialah  Encik Mohamed Khallam bin Ismail, Encik Hasrolnizam bin Rosli, Puan Aini Nabila Najwa binti Majri dan Puan Chik Asiah binti Md Yusuf.

YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR juga menyampaikan amanat beliau yang antaranya ialah mengharapkan  supaya Warga JAWHAR menghidupkan budaya kesegeraan sebagaimana yang difokus oleh Datuk Seri KSN yang baru Datuk Seri Dr Ali Hamsa. Budaya ini merupakan sebahagian daripada nilai-nilai murni yang ada dalam Islam iaitu cepat dalam tindakan dan perlu diwarisi serta diteruskan. Selain itu warga JAWHAR juga diingatkan agar hadir dengan jumlah yang munasabah ke “Program Ke Arah Perkhidmatan Cemerlang Dan Cintailah Negara Kita” setiap bulan.  

Majlis kemudian diisi dengan slot ceramah yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Irwan bin Mohd Subri Pensyarah daripada Fakulti Syariah dan Undang – undang, Universiti Sains Islam Malaysia bertajuk “Kepentingan Solat”. Majlis tersebut telah berakhir pada jam 5.00 petang dengan acara memotong kek oleh kakitangan yang diraikan serta diakhiri dengan jamuan ringan.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.39 Subuh 5.49 Syuruk 07.01 Zohor 13.19 Asar 16.14 Maghrib 19.39 Isyak 20.38
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 8 Jun, 2021 @ 8:00 AM
Top