Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Hari Bersama Ketua Pengarah dan Sambutan Iftar Ramadhan JAWHAR

Putrajaya, 29 Jun 2016 / 24 Ramadhan 1437H – Majlis Hari Bersama YBhg. Datuk Ketua Pengarah  JAWHAR dan  Majlis IFTAR Ramadan JAWHAR telah diadakan bertempat di Dataran JAWHAR. Majlis Hari Bersama YBhg. Datuk Ketua Pengarah diadakan pada jam 11.00 pagi diselaraskan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan JAWHAR. Agenda Majlis Hari Bersama Datuk Ketua Pengarah JAWHAR bagi bulai Jun 2016 dimulakan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Bulanan JAWHAR (APCBJ) dan Anugerah Miftahul Ilmi (Peminjam BukuTerbanyak) bagi  bulan Jun 2016 yang disampaikan kepada Puan Norlizah Binti Mainoordin (APCBJ) dan Encik Murid Fadzli Bin Musa (Miftahul Ilmi). Tidak ketinggalan juga penyampaian kad dan hadiah sempena kelahiran kakitangan JAWHAR bagi bulan Jun 2016.

IMG_5429

 IMG_5380 IMG_5392

IMG_5393

 

Manakala Majlis Sambutan Iftar Ramadhan anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan (KKSJ) dan Puspanita JAWHAR beserta Majlis Khatam Al-Quran anjuran Biro Agama Kelab Kebajikan dan Sukan (KKSJ) diadakan pada jam 6.00 petang. Majlis Penutup Khatam Al-Quran pada petang tersebut telah diketuai oleh Ustaz Murid Fadzli Bin Musa. Bermula 1 Ramadhan 1437H/6 Jun 2016 (Isnin) hingga 18 Ramadhan 1437H/23 Jun 2016 (Khamis), JAWHAR telah menganjurkan Majlis Tadarus Al-Quran peringkat Jabatan dan telah dibahagikan kepada 6 kumpulan mengikut juzuk yang telah ditetapkan. Majlis Tadarus tersebut bermula dari jam 8.30 pagi hingga 9.00 pagi tertakluk kepada kelapangan dan kesesuaian kumpulan masing-masing.

IMG_5469IMG_5506

 

 

 

 

 

 

 

Majlis ini turut dihadiri oleh seramai 45 orang anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat, Banting. Selain itu tidak ketinggalan juga ahli keluarga warga JAWHAR yang turut sama memeriahkan majlis tersebut. Dengan penganjuran Majlis ini diharapkan dapat mengeratkan lagi silaturahim  dikalangan warga kerja JAWHAR serta keluarga masing-masing. Majlis melabuhkan tirai pada kira-kira jam 9.30 malam.

 IMG_5475

  IMG_5477 IMG_5631

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top