Awam Kerajaan Warga JAWHAR

HARI BERSAMA KETUA PENGARAH BAGI BULAN OGOS DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI JAWHAR

Putrajaya, 3 Ogos 2016 (Rabu) – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menganjurkan Majlis Hari Bersama Ketua Pengarah Bagi Bulan Ogos dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Dataran JAWHAR. Majlis Hari Bersama YBhg. Datuk Ketua Pengarah diadakan pada jam 8.30 pagi diurus setiakan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan dengan kerjasama KKSJ and Puspanita Cawangan Kecil JAWHAR. Majlis ini juga diiringi oleh pasukan Koir JAWHAR. Agenda Majlis Hari Bersama Datuk Ketua Pengarah JAWHAR bagi bulai Ogos 2016 dimulakan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Bulanan JAWHAR (APCBJ) dan Anugerah Miftahul Ilmi (Peminjam BukuTerbanyak) bagi  bulan Julai 2016 yang disampaikan kepada Puan Julia Binti Mohd Nasir (APCBJ) dan Puan Salmah Binti Shahidan (Miftahul Ilmi). Tidak ketinggalan juga penyampaian kad dan hadiah sempena kelahiran kakitangan JAWHAR bagi bulan Ogos 2016.

IMG_6436

IMG_6460

IMG_6498

Manakala Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri diadakan pada jam 1.00 petang. Majlis ini turut dihadiri oleh seramai 40 orang anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat, Banting. Majlis ini turut diceriakan dengan pertandingan gerai terbaik yang melibatkan Bahagian-bahagian di JAWHAR iaitu Wakaf, Baitulmal, BPKA, BKP dan juga gabungan gerai KKSJ dan Puspanita. Tidak ketinggalan juga pertandingan Raja dan Ratu JAWHAR yang dibuka kepada semua warga JAWHAR. Tema bagi gerai terbaik kali ini adalah bebas dimana kriteria bagi gerai tersebut bercirikan hiasan yang menarik, ceria, warna warni dan kreatif. Manakala bagi kriteria pemilihan Raja dan Ratu JAWHAR dipilih berdasarkan pakaian tradisional yang cantik dan sopan, warna pakaian yang menarik dan pilihan corak pakaian yang menarik.

IMG_6573

IMG_6519

IMG_6542

Gerai terbaik dimenangi oleh Bahagian Baitulmal (tempat pertama), manakala Encik Mohamad Aliff Kuniel memenangi Raja JAWHAR dan Puan Lizah Ismail Ratu JAWHAR. Tidak ketinggalan juga pemberian sumbangan kepada Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin. Majlis berakhir pada jam 3.00 petang.

IMG_6716

IMG_6712

IMG_6685

IMG_6799

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 25 November, 2020 @ 5:01 PM
Top