Haji
adalah salah satu daripada rukun Islam. Dengan
ibadah haji asas Islam telah menjadi sempurna
dan dengannyalah Deen telah sempurna. Dan pada
masa Hajilah ayat ini diwahyukan.
Satu ketika seorang
alim daripada orang-orang Yahudi berkata kepada
Umar ra.:“Di dalam al-Qur'an yang dibaca
oleh orang-orang kamu terdapat satu ayat, yang
mana jikalau ini diwahyukan ke atas kami, kami
akan merayakannya pada setiap tahun.“ Umar
(ra.) bertanya: “Apakah ayat tersebut?“

Ayat Al-Maidah:3
yang bermaksud:
“Pada
hari ini Aku telah lengkapkan agama bagimu; telah
menyempurnakan nikmatKu ke atas mu; dan telah
memilih Islam untukmu sebagai agamamu.“
Umar (ra.) berkata:
Sesungguhnya
aku ingat pada hari dan tempat di mana ayat ini
diwahyukan (dan di samping turunnya wahyu ayat
ini, ia berlaku pula pada hari Jumaat) dan menjadi
perayaan yang berganda bagi kami.
Pertama,
ia diturunkan pada hari Jumaat ia merupakan hari
kebesaran bagi orang-orang Islam. Kedua, ia adalah
hari Arafah, hari perayaan bagi orang-orang haji.
Umar (ra.) selanjutnya mengatakan bahawa ayat
ini telah diwahyukan pada hari Jumaat selepas
Asar pada hari Arafah sedang Rasulullah duduk
di atas unta betinanya.
Dikatakan
selanjutnya di dalam Hadith itu bahawa tidak ada
ayat-ayat yang lain diwahyukan selepas itu berhubungan
dengan halal dan haram. Ketika ayat ini diwahyukan
Rasulullah S.A.W sedang duduk di atas unta betinanya.
Unta itu terpaksa duduk kerana berat bebanan yang
ditanggungnya kerana turunnya wahyu tersebut.
Beginilah selalunya terjadi.
Aisyah
ra. menyatakan bahawa jika Rasulullah S.A.W duduk
di atas unta, maka unta itu menundukkan lehernya
kerana tidak terdaya mengangkatnya atau tidak
berdaya bergerak selangkah pun sehinggalah wahyu
selesai.
Abdullah
bin Amru ra. meriwayatkan daripada Rasulullah
S.A.W bahawa ketika wahyu diturunkan ke atasnya
baginda takut bahawa baginda akan kehilangan nyawanya
(Durre Manthur).
Zaid
Ibnu Thabit ra. menyatakan bahawa bila ayat 95
daripada surah an-Nisa' diwahyukan aku sedang
duduk di sebelah Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah
S.A.W menjadi seorang yang seakan-akan berada
di dalam setengah pengsan, dan baginda meletakkan
pehanya ke atasku, yang sangat berat sekali sehingga
aku merasakan bahawa kakiku akan patah. (Durre
Manthur).
Abu Hurairah
ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W:
“Abu
Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W:
Barangsiapa menunaikan haji kerana untuk mendapatkan
keredhaan Allah dan dengannya tidak menyebut perkataan-perkataan
maksiat, tidak melakukan perbuatan-perbuatan keji,
akan kembali daripadanya bebas daripada dosa sebagaimana
hari di mana ibunya melahirkannya. (Mutafaquun
Alaih).“
Haji
Menggambarkan Cinta Kasih yang Sejati
Haji
itu memaparkan satu kecintaan yang sejati dan
kasih sayang yang mendalam. Untuk memahami akan
perkara ini, hendaklah diingat akan perkara yang
berikut. Perhubungan manusia dengan Khaliqnya
(Allah) di dalam Islam mempunya dua jenis.
1.Manusia
sebagai hamba Allah
2.Hubungan
berdasarkan kasih sayang dan kesyukuran
Petikan dari
Hikmah dan Fadhilat
Haji, Umrah & Ziarah
Oleh Muhammad Zakariya
|