Awam Kerajaan Warga JAWHAR

GLC Dan Swasta Tunjukkan Minat Luar Biasa Hasrat Bangunkan Tanah Wakaf

Putrajaya , 9 Ogos 2012 – Kesungguhan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pihak swasta untuk membangunkan tanah wakaf di Malaysia amat luar biasa sekali. Ini ditunjukkan semasa kehadiran mereka di Mesyuarat Pembangunan Projek Tanah Wakaf yang diadakan oleh Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) di bilik gerakan JAWHAR. Beberapa syarikat swasta yang dijemput hadir secara spontan menyuarakan hasrat supaya diberi peluang segera untuk terlibat sama membangunkan harta umat Islam ini yang kini bernilai RM1.177 bilion.

Mesyuarat menerusi Kerjasama Strategik bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dengan GLC/Swasta telah dipengerusikan oleh YBhg Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR bertujuan untuk menarik pihak GLC/Swasta turut sama membangunkan tanah wakaf sebagai satu instrumen yang amat berkesan dan membantu perkembangan sosio-ekonomi ummah. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh beberapa CEO dan pegawai kanan syarikat seperti UDA Holding Berhad, AKS Sdn Bhd, Al-Hidayah Invesment Bank Labuan Lyd, CIMB Bank, Teraju, Mega Lavender (M) Sdn.Bhd, Bank Islam dan beberapa syarikat lain. Beberapa pegawai-pegawai JAWHAR dari teras Wakaf turut hadir.

Di mesyuarat tersebut Ketua Pengarah JAWHAR memaklumkan kerajaan menerusi JAWHAR telah menyalurkan peruntukan RM256.4 juta menerusi RMKe-9 dan peruntukan sambungan sebanyak RM72.76 juta untuk membangunkan projek pembangunan tanah wakaf di seluruh negara bagi meningkatkan sosio-ekonomi ummah dalam memfokuskan dalam bidang sosial dan ekonomi, kebajikan, kesihatan dan pendidikan. Di antara projek ekonomi yang telah dilaksanakan oleh JAWHAR adalah seperti hotel dan premis niaga serta projek sosial seperti asrama anak yatim, pusat dialisis dan kompleks pendidikan.

Pada masa yang sama, wakil- wakil MAIN yang hadir dalam mesyuarat tersebut turut melahirkan rasa gembira di atas kesediaan pihak GLC/Swasta membangunkan tanah-tanah wakaf yang strategik untuk manfaat umat Islam sekali gus akan menjana pendapatan MAIN dan akhirnya manfaat harta wakaf ini dapat dirasai dan dinikmati oleh masyarakat Malaysia amnya.

Di akhir mesyuarat tersebut, JAWHAR berharap agar kerjasama strategik seumpama ini akan berterusan agar hasrat kerajaan untuk memberikan kesejahteraan hidup kepada rakyat tercapai dalam usaha negara menuju Negara Maju 2020.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top