Focus Group Sukuk Waqaf Jawhar Bersama Suruhanjaya Sekuriti (Sc) Dan Bank Islam
Satu perbincangan Focus Group Sukuk Waqaf JAWHAR bersama Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bank Islam telah diadakan pada 19 Julai 2016, masa 11.00 pagi di Bilik Mesyuarat Gerakan JAWHAR Putrajaya. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAWHAR dan turut dihadiri sama oleh Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR serta Pegawai-Pegawai JAWHAR.
Hasil perbincangan ahli Focus Group Sukuk Waqaf telah bersetuju untuk mengadakan Persidangan Meja Bulat Sukuk Wakaf yang dijangkakan bulan September atau Oktober 2016. Semua pegawai Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan beberapa Jabatan/Agensi lain yang berkaitan akan dijemput untuk turut hadir sama.