Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Faraid Dan Pembahagian Harta Pusaka

Putrajaya, 22 September 2020 | JAWHAR amat prihatin dengan keperluan latihan pengurusan faraid dan  harta pusaka kepada pegawai MAIN seluruh Malaysia agar lebih cekap dan kompeten serta menjadi pakar rujuk di negeri masing-masing. Maka Kursus Asas Faraid dan Pembahagian Harta Pusaka (Lanjutan 1) telah dilaksanakan pada 22 hingga 23 September di Bilik Darussalam, Aras 9, JAWHAR. Selaku pakar perunding faraid dan harta pusaka, YBrs. Tuan Haji Wan Abdul Halim bin Wan Harun, Perunding dari W Halim menekankan kepentingan para peserta menguasai penentuan ahli waris dan kaedah pengiraan melalui pelbagai latihan dan kajian kes yang disediakan. 21 peserta amat teruja kerana berjaya menamatkan kursus dengan penerimaan sijil daripada Pengarah Bahagian Baitulmal JAWHAR, YBrs. Tuan Ruzman bin Ramli.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top