Awam Kerajaan Warga JAWHAR

FARAID: BUKTI KEADILAN DALAM ISLAM

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menganjurkan JAWHAR Intellectual Discourse (JID) Bil. 2/2012 dengan tema “Faraid: Bukti Keadilan Dalam Islam” pada 13 Jun 2012 bertempat di Auditorium Kompleks E, Putrajaya.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hj. Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR dan diikuti dengan pembentangan kertas kerja oleh dua orang ahli panel yang berkepakaran dalam isu faraid iaitu YBhg. Prof. Madya Mohd Ridzuan bin Awang, Pensyarah Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dan En. Seh Nilamuddin bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Negeri Sembilan.

Dua kertas kerja yang dibentangkan adalah bertajuk “Konsep dan Keadilan dalam Pembahagian Harta Pusaka Melalui Kaedah Faraid” dan “Isu-Isu dan Permasalahan dalam Pembahagian Harta Pusaka Orang Islam di Malaysia”. Seramai lebih kurang 300 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) serta para penjawat awam dari Kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi Persekutuan di sekitar Putrajaya.

Para peserta telah mengambil peluang bertanyakan soalan dan pandangan daripada para ahli panel semasa sesi soal jawab berlangsung serta telah memberikan maklum balas positif tentang program yang dilaksanakan melalui borang soal selidik yang disediakan. Semoga program ini dapat membantu para peserta untuk memahami dengan lebih mendalam tentang isu-isu berkaitan pembahagian harta pusaka melalui kaedah faraid serta kaedah pengurusannya di Malaysia.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 6.06 Subuh 6.16 Syuruk 07.25 Zohor 13.28 Asar 16.50 Maghrib 19.25 Isyak 20.38
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 26 Januari, 2021 @ 12:29 PM
Top