Awam Kerajaan Warga JAWHAR

BENGKEL e-PEROLEHAN SIRI 2/2013

Unit Kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia(BKPSM) JAWHAR, JPM  telah menganjurkan Bengkel e-Perolehan Siri 2/2013 bertempat di Bilik Seminar 1B, Kompleks JPM, Putrajaya pada 19 hingga 21 November 2013 yang lalu. Bengkel yang telah diadakan selama 3 hari ini melibatkan seramai 20 orang pegawai dan kakitangan JAWHAR yang mewakili semua bahagian. Antara objektif bengkel adalah memberipendedahan dan pengetahuan berhubung penggunaan sistem e-Perolehan. Bengkel ini juga memberi peluangkepada peserta  untuk menggunakan sistem ePerolehan yang mana sistem ini hanya digunakan oleh pengguna-pengguna yang diberikan akses penggunaannya iaitu Unit Kewangan JAWHAR.

Seramai dua orang penceramah daripada CommerceDotCom (CDC) telah dijemput untuk menjayakan bengkel ini iaitu Puan Nazatul Idayu Bt Idham dan Puan Nurul Ainin nabilah Bt Ab Hamid. Tajuk-tajuk utama bengkel adalah Pengenalan ePerolehan,Modul Kontrak Pusat & Pembelian Terus, Modul Kontrak Kementerian, Modul Sebut Harga & Tender dan Modul eBidding. Setiap modul yang dibincangkan telah disertakan dengan latihan penggunaan dalam sistem ePerolehan tersebut bagi memastikan setiap peserta memahami cara penggunaan sistem tersebut.

Semoga segala ilmu yang diperolehi sepanjang kursus yang diikuti oleh semua peserta dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam kerja seharian.

Disediakan oleh : Unit Kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia, JAWHAR


Topic such move to the website as a current event, revelation about themselves or remarkable

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 14 September, 2021 @ 5:31 PM
Top