Awam Kerajaan Warga JAWHAR

KURSUS KESELAMATAN PERLINDUNGAN PEJABAT 2015

Pada 2 hingga 4 September 2015, Unit Pentadbiran, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menganjurkan menganjurkan Kursus Keselamatan Perlindungan Pejabat 2015 yang bertempat Di Hotel Suria City Johor Bahru. Kursus ini telah dihadiri oleh 22 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan JAWHAR.

j00001 073

Matlamat daripada pelaksanaan kursus ini adalah untuk memahami keperluan dan prosedur yang perlu dan mesti di ambil ketika mengendali, merekod, menyimpan, mengelas dan mengelas semula maklumat terperingkat.

Manakala objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman mengenai dasar, peraturan dan sistem keselamatan perlindungan dalam jabatan, memperoleh serta bertukar-tukar pengetahuan serta pengalaman untuk menghasilkan pengurusan keselamatan yang teratur dan berkesan, meningkatkan keprihatinan semua warga JAWHAR berhubung perlunya peningkatan dari aspek keselamatan terutamanya keselamatan dokumen, fizikal dan peribadi.

j00001 008

Taklimat kursus ini telah disampaikan oleh tiga orang penceramah jemputan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Negeri Johor, Jabatan Perdana Menteri iaitu Encik Mohamad Foudzli bin Abdullah, Puan Nurul Haswani binti Saiman dan Encik Mohamad Hanafiah bin Mohd Nordin. Penceramah-penceramah ini mempunyai pengetahuan serta kepakaran dalam bidang masing-masing di samping mempunyai banyak pengalaman untuk dikongsikan bersama sepanjang kursus dijalankan. Peserta diberi latihan amal mengenai aspek keselamatan dokumen terperingkat untuk lebih memahami proses merekod dokumen yang dikenal pasti sama ada Rahsia Besar, Rahsia, Sulit, Terhad dan Terbuka.

j00001 046

Kursus ini di akhiri dengan majlis penutup dan sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah. Cenderahati disampaikan oleh Encik Ahmad Musadad bin Hj. Sulaiman selaku Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR dan juga Puan Salmah binti Shahidan selaku Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) JAWHAR.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 14 September, 2021 @ 5:31 PM
Top