Public Government JAWHAR Staff

TAKLIMAT PROGRAM TAKAFUL PENGHOSPITALAN DAN PEMBEDAHAN (CUEPACSCARE) & PROGRAM TAKAFUL KEMALANGAN DIRI (CUEPACS PA) – KHAS UNTUK PENJAWAT AWAM

CUEPACS dengan  kerjasama Medicare Assistance Sdn. Bhd. telah memperkenalkan Program Takaful Penghospitalan Dan Pembedahan CUEPACSCARE pada tahun 1999, khas bagi Penjawat Awam, Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan beserta keluarga mereka untuk mendapatkan rawatan alternatif di hospital pakar swasta dengan kadar sumbangan bulanan yang mampu ditanggung oleh semua peringkat Penjawat Awam.

Program Takaful Kemalangan Diri CUEPACS PA, dengan kadar sumbangan serendah RM6 dapat memberi perlindungan 24 jam akibat kematian, kecacatan anggota badan samaada kecacatan kekal, penuh atau separa sehingga RM 220,000.00.

Berlanjutan itu, pada 1 Mac 2019 (Jumaat), myCUEPACSCare telah menyampaikan  Taklimat Program Takaful Penghospitalan Dan Pembedahan (CUEPACSCare) & Program Takaful Kemalangan Diri (CUEPACS PA) – Khas Untuk Penjawat Awam kepada warga JAWHAR yang bertempat di Dewan Syura Utama Jannatul Firdaus, Aras 9, JAWHAR.

Taklimat tersebut telah dikendalikan sepenuhnya oleh wakil Pusat Khidmat Pemasaran myCUEPACSCare  yang diketuai oleh Encik Mohd Suhaimy bin Abd Samad dan dihadiri oleh seramai 35 orang warga JAWHAR.

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk menghebahkan produk-produk di bawah myCUEPACSCare serta memberi pilihan dan peluang kepada penjawat awam untuk memiliki insurans dengan kadar bayaran bulanan yang rendah, tetapi mampu memberi perlindungan kepada diri sendiri dan ahli keluarga.

Terdapat dua (2) jenis Program Takaful yang diperkenalkan oleh pihak myCUEPACSCare semasa sesi taklimat berkenaan iaitu Program Takaful Penghospitalan Dan Pembedahan CUEPACSCARE dan Program Takaful Kemalangan Diri CUEPACS PA.

Maklum balas positif dari warga JAWHAR yang mengikuti sesi taklimat menunjukkan bahawa taklimat ini amat berfaedah dan memberikan banyak manfaat dan pengetahuan kepada mereka.

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 05.33 Subuh 05.43 Syuruk 07.02 Zohor 13.04 Asar 16.27 Maghrib 19.02 Isyak 20.16
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 10 December, 2019 @ 1:43 PM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top