Public Government JAWHAR Staff

TAKLIMAT KETUA PENGARAH JAWHAR KEPADA JAWATANKUASA TERTINGGI INSTITUSI HAL EHWAL ISLAM PERINGKAT PERSEKUTUAN

15 Ogos 2018 (Rabu) – Bertempat di Muzium Diraja (Istana Negara Lama), Ketua Pengarah JAWHAR, YBrs Tuan Haji Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman dengan diiringi oleh En. Mohd Azizan bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Unit Penyelidikan JAWHAR telah memberikan taklimat kepada Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan.

Dalam tempoh lebih 1 jam, Jawatankuasa ini yang mewakili Majlis Raja-Raja Melayu telah diberikan penjelasan berkenaan latar belakang JAWHAR serta pencapaian JAWHAR sehingga ke hari ini. JAWHAR yang bertanggungjawab terhadap Wakaf, Zakat, Mal dan Haji diperingkat persekutuan memainkan peranan yang baik khususnya berkaitan pembangunan tanah wakaf selain memacu percambahan pengetahuan dalam bidang-bidang berkaitan Zakat, Mal dan Haji.

Berdasarkan maklum balas yang diterima, panel Jawatankuasa berpuas hati dengan pembentangan yang dibuat oleh Ketua Pengarah.

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 05.33 Subuh 05.43 Syuruk 07.02 Zohor 13.04 Asar 16.27 Maghrib 19.02 Isyak 20.16
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 10 December, 2019 @ 1:43 PM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top