Public Government JAWHAR Staff

TAKLIMAT KESEDARAN PENIPUAN PAKEJ UMRAH

Cameron Highland, 20 Mac 2019 –Taklimat Kesedaran Penipuan Pakej Umrah telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Sultan Haji Ahmad Shah, Tanah Rata, Cameron Highlands yang dianjurkan oleh JAWHAR dengan kerjasama pihak sekolah dan Jabatan Integriti dan Pematuhan, Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highland juga bersempena Konvensyen Guru-Guru Agama Daerah Cameron Highland. Dianggarkan seramai 110 orang telah menghadiri dan mendengar taklimat dalam program kali ini. Mereka terdiri daripada guru-guru agama dari sekolah berdekatan, anggota polis dan juga masyarakat setempat.

Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YDH DSP Ashari bin Abu Samah, Ketua Polis daerah Cameron Highland. Dalam ucapannya, beliau berharap agar masyarakat mengambil berat terhadap penipuan pakej umrah yang berlaku kerana sungguhpun berbagai usaha telah dibuat, namun masih ada pihak yang tertipu dengan pakej-pakej dan perkhidmatan palsu. Keadaan ini sudah berlarutan sekian lama, namun kerana masyarakat tidak cakna, penipuan masih terus berlaku. Selain itu, beliau menyatakan kebimbangan tentang salahlaku anak muda sekaligus meminta agar para guru khususnya guru agama agar dapat memikirkan bagaimana kaedah terbaik untuk membantu golongan anak muda supaya terhindar daripada melakukan kesalahan yang boleh menyebabkan mereka terjebak dengan masalah salahlaku.

Program diteruskan dengan Taklimat Penipuan Pakej Umrah oleh En. Ahmad Ariffin bin Joferi dari Unit Haji & Umrah, JAWHAR. Di dalam taklimat ini, hadirin dikongsikan dengan perkara-perkara berkaitan umrah, faktor-faktor menjadi mangsa penipuan dan tips-tips untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan pakej umrah. Antara perkara yang diberikan penekanan ialah peranan bertolong bantu mencegah penipuan dengan menyampaikan kepada pihak yang tidak tahu.

Pada sesi seterus, penceramah jemputan iaitu al-Fadhil Ustaz Asri bin Hasan menyampaikan taklimat berkenaan “Khurafat dalam ibadah haji dan umrah”. Beliau membentangkan perkara-perkara khurafat yang berlaku dalam ibadah haji dan umrah. Berdasarkan pengalaman beliau, sehingga ke hari ini masih terdapat jemaah haji dan umrah yang melakukan perkara khurafat. Katanya, bahaya perkara khurafat ini menyebabkan ibadah haji dan umrah yang dilakukan tertolak kerana membawa kepada kesyirikan dalam agama. Justeru beliau menasihati para hadirin agar berhati-hati dengan kepercayaan karut yang tidak bersesuaian dengan nas al-Quran dan as-Sunnah sekaligus menyampaikannya kepada orang lain yang mereka kenali. Adalah satu kerugian ibadah haji dan umrah yang bukan merupakan ibadah yang sentiasa mampu dibuat kerana kos yang tinggi menjadi sia-sia kerana perkara khurafat yang dilakukan semasa dalam tempoh melaksanakan ibadah haji dan umrah tersebut.

Usai taklimat oleh al-Fadhil Us. Asri, pihak urusetia didatangi oleh seorang anggota Polis yang menyatakan kebimbangan kerana beberapa orang dari daerah Temerloh, Pahang telah ditipu. Pegawai yang hadir semasa sesi berkenaan telah memberikan penjelasan ringkas sebagai maklum balas awal dan akan mengatur sesi taklimat bagi daerah Temerloh di masa akan datang. Respon yang diterima bahawa taklimat seperti ini sangat diperlukan demi mengelakkan lebih ramai dari kalangan umat Islam terus menjadi mangsa penipuan pakej umrah.

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 05.35 Subuh 05.45 Syuruk 07.07 Zohor 13.20 Asar 16.46 Maghrib 19.29 Isyak 20.44
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 17 October, 2019 @ 5:38 PM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top