Public Government JAWHAR Staff

TAKLIMAT KESEDARAN PENIPUAN PAKEJ UMRAH “BIL 3/2019

Temerloh, 23 April 2019 – Satu taklimat berkaitan penipuan pakej umrah telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama al-Khairiah, Temerloh. Rentetan siaran akhbar mengenai penipuan pakej umrah yang berlaku di daerah berkenaan, JAWHAR dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh mengadakan taklimat ini sebagai platform yang menyampaikan kepada masyarakat mengenai penipuan pakej umrah.

Sasaran taklimat kali ini ialah kepada imam-imam masjid, bilal, ahli jawatankuasa serta orang awam. Hal ini kerana, kumpulan ini adalah kumpulan yang boleh menjadi perantara membantu menyampaikan pengetahuan kepada anak kariah masing-masing. Selain itu, ia juga menjadi jalan pembuka bagi mana-mana masjid atau organisasi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penipuan pakej umrah untuk menghubungi JAWHAR seterusnya mengadakan sesi taklimat di tempat masing-masing.

Dua slot disampaikan oleh En Ahmad Ariffin bin Joferi dari Unit Haji & Umrah, Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa JAWHAR. Slot pertama bertajuk “Kesedaran Penipuan Pakej Umrah” manakala slot kedua bertajuk “Mendamba Umrah Maqbulah : Jauhi Khurafat”. Slot pertama menekankan mengenai penipuan dalam urusan pembelian pakej umrah. Slot kedua pula memfokuskan mengenai persediaan dan pelaksanaan ibadah umrah yang melibatkan perkara khurafat yang menjadi akibat ibadah tertolak dan menjadi sia-sia.

Semasa rehat antara slot, pihak JAWHAR didatangi oleh 2 orang peserta taklimat yang merupakan mangsa penipuan pakej umrah. Salah seorang menyatakan dia kerugian sekitar RM14,000.00 akibat ditipu. Malah yang amat dikesali, penipuan itu bermula di institusi masjid dan akibat terlalu percaya kepada agen yang datang.

Seorang lagi mangsa menyatakan, dia menyimpan melalui agen umrah selama tempoh 4 tahun dan dijangka pergi menunaikan ibadah umrah pada akhir tahun 2018. Namun, agen tersebut menganjak ke bulan April 2019 dan sehingga kini, tiada lagi penerbangan untuk menunaikan umrah. Kedua-duanya dijanjikan untuk bertemu dengan agen berkenaan pada minggu sebelumnya, namun hampa.

Semasa sesi soal jawab, para peserta meminta agar pihak JAWHAR dapat mengadakan taklimat ini dengan lebih kerap dan meluas memandangkan penipuan masih lagi terjadi. Peserta yang terlibat ditipu menyatakan taklimat ini sangat diperlukan khususnya bagi masyarakat awam yang tinggal jauh dari kawasan bandar dan kurang pengetahuan mengenai ibadah umrah serta proses jual beli pakej bagi mengelakkan penipuan berlaku.

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 05.33 Subuh 05.43 Syuruk 07.02 Zohor 13.04 Asar 16.27 Maghrib 19.02 Isyak 20.16
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 10 December, 2019 @ 1:43 PM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top