Public Government JAWHAR Staff

PROGRAM MUNAQASYAH ILMU : “WAKAF MEMBINA EKONOMI UMMAH”

       

          

2 November 2019 – Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) melalui Bahagian Wakaf JAWHAR telah mengadakan Program Munaqasyah Ilmu : “Wakaf Membina Ekonomi Ummah” bertempat di Masjid Ai’syah , Sungai Mengulu, Langkawi Kedah dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Langkawi Kedah dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK).

Penganjuran program ini adalah  untuk memberi kesedaran tentang wakaf yang akan menjana ekonomi penduduk setempat serta memberi manfaat kepada ummah bertepatan dengan konsep Rahmatan Lil A’lamin. Selain itu, program ini diadakan dikhusus kepada penduduk setempat dan orang awam untuk menjalankan aktiviti wakaf di kawasan mereka dengan lebih efisyen dan teratur serta mengeratkan silaturrahim.

 

 

 

 

 

Program yang bermula pada waktu pagi  dengan Kursus Penyembelihan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Langkawi dan gotong royong memasak juadah tengahari dan malam bersama ahli kariah masjid serta pegawai-pegawai daripada JAWHAR.

 

 

 

 

 

 

Pada waktu petang pula, taklimat Pengurusan dan Pentadbiran Wakaf Negeri Kedah kepada pegawai-pegawai masjid Daerah Langkawi yang telah disampaikan oleh YBrs. Syeikh Fakhrurrazi bin Yub, Ketua Bahagian Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dan taklimat Pencegahan dadah oleh Pegawai Anti Narkotik, Polis Di Raja Malaysia Daerah Langkawi, Kedah.

 

 

 

 

 

Beberapa booth juga telah dibuka semasa program ini  berlangsung iaitu daripada Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), pemeriksaan kesihatan dan derma darah oleh Hospital Daerah Langkawi, Kedah dan rawatan oleh Darussyifa.  

 

 

 

 

 

Program kemuncak pada sebelah malamnya pula, telah diadakan forum  bertemakan “Wakaf Membina Ekonomi Ummah” selepas solat Maghrib yang telah dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah, Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) yang telah dirasmikan oleh YB Encik Juhari bin Bulat. ADUN Ayer Hangat, Langkawi Kedah.

 Panel forum yang terlibat ialah YBrs. Dr. Haji Razali bin Othman, Ketua Bahagian Wakaf dan Endowment, Universiti Putra Malaysia (UPM), YBrs. Syeikh Fakhrurrazi, Ketua Bahagian Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dan YBrs. Syeikh Mohd Roshidi bin Haji Mahmud, Ketua Pegawai Agama  Daerah Langkawi, Kedah yang bertindak sebagai Moderator.

  

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 05.31 Subuh 05.41 Syuruk 07.00 Zohor 13.02 Asar 16.24 Maghrib 19.00 Isyak 20.13
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 11 November, 2019 @ 8:43 AM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top