Public Government JAWHAR Staff

PROGRAM MUNAQASYAH ILMU SIRI 4/2019 : WAKAF MEMBINA EKONOMI UMMAH SERTA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Jabatan Wakaf , Zakat dan Haji (JAWHAR) melalui Bahagian Wakaf dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengadakan Program Munaqasyah Ilmu Siri 4/2019 : Wakaf Membina Ekonomi Ummah serta Program Khidmat Masyarakat bertempat di Pulau Redang, Terengganu pada 4 Oktober 2019.

 

 

 

 

 

 

Program Munaqasyah Ilmu yang berbentuk ceramah  diadakan di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang yang menampilkan penceramah daripada JAWHAR iaitu Ustaz Mohd Meeftah bin Anuar, Penolong Pengarah Bahagian Baitulmal dan Us Mohamad Ridwan bin Mohd Nor, Ketua Penolong Setiausaha, MAIDAM. Ceramah adalah berkaitan tentang wakaf yang dapat menjana ekonomi penduduk setempat.

  Program Khidmat Masyarakat yang diadakan adalah gotong royong membersihkan tanah kubur diantara JAWHAR, MAIDAM dan penduduk kampung Pulau Redang. Disamping itu, beberapa bantuan telah disampaikan kepada penduduk kampung semasa program berlangsung iaitu :

  1. Bantuan Pagar Kubur
  2. Bantuan meratakan kawasan kubur
  3. Bantuan kepada Surau Sekolah Kebangsaan Pulau Redang
  4. Bantuan kepada Asnaf-asnaf yang layak

 

 

 

 

 

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 05.35 Subuh 05.45 Syuruk 07.07 Zohor 13.20 Asar 16.46 Maghrib 19.29 Isyak 20.44
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 17 October, 2019 @ 5:38 PM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top